View: 10824|Reply: 134
|
Lima Sekeluarga Disuruh Keluar Dari Rumah Mentua, Merempat Tidur Dalam Kereta 2 Bulan Gara-Gara Hidap Tibi
[Copy link]
|
|
SEGAMAT – Gara-gara menghidap penyakit Tuberculosis atau tibi, lima sekeluarga terpaksa tinggal di dalam kereta selama kira-kira dua bulan berhampiran Hospital Segamat di sini selepas disuruh keluar dari rumah mentua.
Menurut Mohd. Faisal Kamarozaman, 36, sebelum ini dia dan isteri serta tiga anaknya tinggal bersama keluarga mentua di Bukit Siput di sini, sebelum keluar dari rumah berkenaan sebaik mengetahui anak keduanya menghidap penyakit berkenaan pada Jun lalu.
 Foto: Kosmo
“Segalanya bermula apabila anak kedua saya yang berusia enam tahun mengalami kelenjar di belakang telinga kanan. Apabila doktor melakukan rawatan, sampel tisu kelenjar itu diambil.
“Melalui sampel itu, doktor mengesahkan anak saya menghidap tibi. Selepas itu, ia berjangkit kepada anak bongsu, kemudian anak sulung dan kemudian menjangkiti saya.
“Apabila keluarga mentua mengetahui kami sekeluarga menghidap tibi, kami diminta sewa di rumah lain kerana bimbang ahli keluarga lain akan dijangkiti penyakit berkenaan,” katanya ketika ditemui di Segamat Baru kelmarin.
Bagaimanapun, Mohd. Faisal berkata, atas faktor kewangan yang terbatas, mereka sekeluarga kemudian memutuskan untuk tinggal dan bermalam di dalam kereta buat sementara.
Dalam pada itu, isteri Mohd. Faisal, Susilawati Asmarajaya, 29, berkata, dia yang bekerja sebagai tukang cuci di Hospital Segamat turut mengambil cuti tanpa gaji bagi menjaga kesemua tiga anaknya yang sakit.
“Suami saya membantu adiknya berniaga burger di Johor Bahru, tetapi dalam keadaan suami yang masih menghidap tibi, dia tidak dapat bekerja lagi mengikut nasihat doktor,” katanya.
Mohd. Faisal serta tiga anak perempuannya yang berusia tiga hingga sembilan tahun kini masih lagi menerima rawatan dan perlu ke klinik kesihatan atau Hospital Segamat setiap hari untuk mengambil ubat.
Penyakit tibi merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis kuman Mycobacterium Tuberculosis.
Penyakit ini disebarkan melalui udara yang boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang terdedah kepada kuman itu.
Terdahulu, kisah menyayat hati dialami lima sekeluarga itu tular di media sosial apabila seorang pengguna, Nordarlina Yusof berkongsi nasib malang keluarga berkenaan yang ditemuinya di dalam sebuah kereta di salah sebuah stesen minyak berhampiran Hospital Segamat.
Ujar Mohd Faisal, selepas tular, ramai warga Segamat yang hadir di stesen minyak berkenaan bertanya khabar mereka sekeluarga.
Selain itu, keluarga berkenaan turut mendapat bantuan makanan selain sedikit bantuan wang saku daripada orang ramai.
“Alhamdulillah malam tadi (kelmarin) ada juga pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) datang berjumpa dan akan uruskan urusan bantuan.
“Selain itu, Pemuda UMNO Bahagian Sekijang telah menguruskan rumah untuk kami sekeluarga berteduh serta menerima kunjungan Datuk Ayub Rahmat yang hadir menghulurkan bantuan buat kami.
“Tidak lupa juga cikgu kelas anak saya di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Putra yang bertanya khabar dan ada juga bantu kami melalui isteri saya sejak Jun lalu.
“Minta maaf banyak, saya tidak mampu sebut satu persatu pihak yang datang membantu kerana ramai yang datang malam tadi sampai saya tidak ingat nama satu persatu.
“Terima kasih semua warga Segamat yang amat prihatin dengan nasib kami sekeluarga. Hanya Allah dapat balas jasa baik kalian semua,” katanya dalam nada sebak.
Bagi orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada lima sekeluarga ini boleh menghubungi Mohd. Faisal di talian 016-7286831 atau Susilawati 01173429634 atau ke akaun CIMB 7615951825 (Mohd. Faisal Kamarozaman). -CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Haizz kenapa eh famili nie tak kuarantin 2 minggu bila 1st time doc konfem kena tibi? Kan dah berjangkit kepada ahli famili yg lain.
Bila 1st time doc konfem anak tu kena tibi, harus dikuarantin budak tu & buat ujian untuk ahli yg lain..pakai mask semasa dlm tempoh rawatan nie supaya tak berjangkit ke orang lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu. Patutnya anak tu kena kuarantin.
Tajuk tu macam misleading. Mak mertua dia tak halau dia drp rumah. Mereka tu mamang patut keluar drp rumah tu supaya tak menjangkit kat ahli keluarga yang lain.
Harap2 takda menjangkit kat orang lain bila mereka stay kat stesyen minyak tu. I guess mereka tak sentiasa pakai mask.
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana anak dia bole jangkit TIBI? |
|
|
|
|
|
|
|
ada kenalan iols meninggal sbb tibi. dulu2 iols mcm taboo sikit isu ni sbb iols rasa mcm susah nak dpt penyakit ni. but now, iols rasa tibi ni is so senang nak dpt. moga dipermudahkan urusan mereka sekeluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa dah beranak 5 masih nk duk rumah mak mertia. Sebagai ketua keluarga, cari rumah sewa utk keluarga sendiri. Bukan bergantung harap rumah mak mertua. |
|
|
|
|
|
|
|
Mamat bangla kena tibi pon admit masuk hospital kerajaan. Tiba2 anak dia kena duduk dalam kereta. Pastu tajuk kemain fitnah mak mertua. Padahal mertua suruh cari rumah sewa lain supaya tak berjangkit tibi tu dgn family members yg lain. Lg 1, besar tanggung jawab sebagai suami & ayah ni. Dah kawin, beranak pinak, tapi masih tumpang rumah mak/mertua. |
|
|
|
|
|
|
|
uda replied at 22-8-2023 10:05 AM
Betul tu. Patutnya anak tu kena kuarantin.
Tajuk tu macam misleading. Mak mertua dia tak halau dia ...
Iya betul tu..mereka sepatutnya kuarantin 2 minggu ditempat lain kerana sudah berjangkit ke famili members yg lain. Apaknya pun tak boleh kerja jual burger takut terjangkit ke pelanggan atau supplier etc...penyakit ini kalau baru2 harus sering ke hospital untuk xray n sputum test..dari situ baru tahu tibi yg macam mana, boleh cepat spread out atau dlm diri sendiri je..tapi melihatkan semua dlm famili dah kenaexcept ibu je, maka tibi mereka nie kira aktif. Doc seharusnya arahkan mereka dikuarantin di suatu tempat kalau tak msmpu sewa rumah ke apa..
Mungkin pihak kesihatan dapat sediakan tempat kuarantin untuk penyakit berjangkit seperti tibi nie untuk yg baru terkena & takde tempat yg sesuai untuk kuarantin.. Ini salah satu langkah untuk mencegah penyakit seperti tibi ini menular & berjangkit ke orangramai. |
|
|
|
|
|
|
|
Jauh sangat bekerja sampai ke JB. Biz burger je pun. Pelik2 family ni. Anak2 dah ramai masih nak duduk rumah mertua. |
|
|
|
|
|
|
|
Wife dia indon ke. Nama lain macam. Depa kan mmg suka berhimpit sempit tinggal 1 family ramai2 walau masing2 dah beranak pinak. Bila dah kena penyakit berjangkit mcmni mmg habisla senang tersebar |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum komen nak tanya, dulu masa kecik ada vaksin tak budak2 tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Iols syak dorang ni antivax tegar 
|
|
|
|
|
|
|
|
EL75 replied at 22-8-2023 10:04 AM
health awareness 0
Yang orang awam pun ramai2 gi ziarah mereka pasal nak beri bantuan, tu pun meols pelik..penyakit tibi nie dah berjangkit ke semua famili members cuma ibunya tak terkena jangkotan..kalau mereka yg datang tak pakai mask, takut berjangkit pulak..macam2 hal..
harap kkm ambik perhatian yg serius pasal penyakit berjangkit nie. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by krustykrab at 22-8-2023 11:05 AM
No wonderla kena tb..bini indong mcm priskis.
Tp mertua pun duduk malaysia.. sudah di birukn ic kot |
|
|
|
|
|
|
|
katanya sbb ramai org asing
especially yg masuk ikut jln tikus tu sume mana ada buat check up, takde vaksin
|
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 22-8-2023 11:02 AM
No wonderla kena tb..bini indong mcm priskis.
Tp mertua pun duduk malaysia.. sudah di birukn ic kot ...
Sah Indon?
Aku kalau org kena tb ni memang aku syak terus PATI. TB ni susah dah nak dapat sekarang sebab kita generation yang kena vaksin sejak lahir. Means kalau kau dapat jugak, besar lah kemungkinan kau xda tanda BCG kat lengan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 22-8-2023 10:05 AM
mcm mana anak dia bole jangkit TIBI?
Ada pesakit Tibi cium budak tu la kot....lagi satu Tibi ni paling senang berjankit di Kedai Makan.
Jarang nak jumpa doktor lepak kedai Makan sebab diorg aware penyakit ni di Kedai Makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut masa mencrettt tu dah fikir duduk asing sewa rumah lain, susah lah macamana pun, dah kawin sila berambus duduk luar, tunggang terbalik pun takpe, janji bila jadi macam ni takde merempat dalam kereta. Sewa rumah kat segamat tu murah nak mampos ye, kau kerja bengkel ke, kilang kat segamat baru tu pun dapat sebijik rumah sewa taman, bukan kos rendah tau, taman biasa2...bukit siput tu pun melambak umah sewa... ni nanti jangan kata tetiba duk dalam keta pun boleh bunting lagi ye... bangla kilang pun admit hosp kalau tibi, apatah lagi kau rakyat malaysia, jangan nak bagi institusi kesihatan dan kebajikan nampak buruk ye bang... walhal peluang banyak nak mampos sebelum kau ended up duk berkuap dalam kereta tu. Biar miskin jangan malas. |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 22-8-2023 11:02 AM
No wonderla kena tb..bini indong mcm priskis.
Tp mertua pun duduk malaysia.. sudah di birukn ic kot ...
Mertua bagi perempuan Indon tu kot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|