CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2603|Reply: 0

Akta Muzik Diwujud Dalam Tempoh Dua Tahun - Fahmi

[Copy link]
Post time 21-8-2023 09:03 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata satu akta menyeluruh untuk industri muzik akan diwujudkan dalam tempoh dua tahun.


Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, beliau berkata, memandangkan akta untuk industri muzik masih belum ada, perkara itu perlu diteliti termasuk berkaitan aspek mengawal selia industri itu serta pemasaran.






"Kita jangka proses menggubal akta mengambil masa namun ada usaha mendampingi, membantu dan menyediakan beberapa dasar yang sesuai dan manfaat serta menepati keperluan industri muzik akan diusahakan," katanya.


Fahmi berkata, KKD bersetuju mewujudkan gerak usaha menggubal akta muzik selepas mendapat pandangan pelbagai pihak termasuk para penggiat industri itu.


Beliau berkata, dalam sesi dialog awam MyCreative Ventures bersama penggiat industri muzik sebelum ini antara isu yang dibangkitkan ialah usaha membawa produk kreatif tempatan ke peringkat antarabangsa.


Menjawab satu soalan, Fahmi berkata, akta itu tidak membabitkan royalti penggiat muzik kerana isu tersebut diselia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.


"Kita masih di peringkat awal, jadi sukar untuk saya sebut apa bentuknya nanti tapi kita terima cadangan beberapa pihak, sebagai contoh mewujudkan satu badan yang dapat mengawal sedia industri muzik," katanya.


Beliau berkata ada yang berpandangan fokus untuk badan yang dapat mengawal selia atau membantu industri muzik adalah ke arah mengasah bakat, membantu aspek pemasaran dan memastikan pertumbuhan ekosistem yang mampan.


Fahmi juga berkata, setakat 2022, MyCreative berjaya membangunkan lebih 10,000 individu dan perniagaan kreatif serta menyokong lebih 30,000 kerja dalam industri kreatif melalui saluran dana sebanyak RM447.7 juta dan pinjaman berjumlah RM558.45 juta telah diluluskan.


Beliau berkata, sejak penubuhannya sehingga kini, MyCreative telah mengangkat pelbagai bentuk seni dan penggiat kreatif melalui pelaburan strategik dan inovatif serta penyediaan platform yang dinamik.


Pada majlis itu, Fahmi menyampaikan Dana Kandungan Digital (DKD) sehingga RM50,000 kepada 10 individu yang mencipta lagu bertemakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia atau lagu patriotik yang bertemakan kenegaraan dalam pelbagai jenis muzik serta genre.


Mereka disenarai pendek daripada sejumlah 53 permohonan yang diterima selepas melalui proses saringan ketat.




Sumber: Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 106947 Replies : 4894
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 10579 Replies : 9
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 42040 Replies : 85
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33249 Replies : 78
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6985 Replies : 13
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 33632 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104524 Replies : 5761
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9773 Replies : 80
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105348 Replies : 1660
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.061330 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list