View: 24947|Reply: 34
|
Abang Tesla Kahwin Dua Dah Kecoh Satu Dunia, Ada Orang Kaya Beristeri Empat Low Profile Je
[Copy link]
|
|
"Saya puji Abang Tesla berani, mungkin nak tunjuk suami yang ada kemampuan (poligami) minta izin macam dia, bukan buat zina atau curang, "kata kaunselor perkahwinan Mohd Redzuan Zamberi susulan pernikahan kedua 'influencer' itu yang tular kerana meminta izin daripada isteri pertama, tiga jam sebelum majlis pernikahan dilangsungkan.
Mana tidaknya, di saat pelbagai isu skandal dan kecurangan dalam rumah tangga diketengahkan di media sosial, Abang Tesla muncul dengan video pernikahannya yang mendapat izin isteri walaupun wanita itu menangis.
Menjelas lanjut, Mohd Redzuan berkata, berpoligami tidak salah namun para suami perlu mengetahui ia adalah perkara harus yang bukan mutlak seperti dinyatakan dalam Surah An Nisa, ayat 3.
 Redzuan, Foto: mStar
"Nak kahwin kalau anda mampu... kahwinlah. Tapi mampu untuk adil, mampu beri kebahagiaan yang bermakna ada keupayaan batin dan zahir.
"Sebut batin ini, pastikan anda layak memenuhi batin isteri yang pertama (termasuk) pendidikan... cukupkah ilmu yang ada untuk didik isteri dan anak-anak.
"Takut kita pun terumbang ambing, jadi macam mana nak didik yang kedua?" ujarnya menerusi video di TikTok.
Malah katanya, majlis perkahwinan yang dijadikan kandungan di media sosial adalah salah kerana ia mengundang rasa 'sakit hati' isteri pertama.
"Nak kahwin, kahwinlah... perkahwinan untuk kebahagiaan bukan sakiti. Apabila video itu dilihat oleh isteri pertama anda, dia pun akan sedih.
"Macam mana izin pun, isteri ada fitrah dia tak boleh berkongsi... tak payah cerita wanita masa kini, buka sirah nabi yang mana Saidatina Fatimah pun mengadu pada Rasulullah.
"Apabila buat content, ia akan meruntun jiwa sedangkan tujuan majlis perkahwinan dihebahkan adalah untuk mengelak fitnah," tambahnya.
Aspek hebahan pula katanya, ia perlu dilakukan dalam kalangan jiran tetangga serta penduduk kampung dan bukanlah di media sosial.
Kebanyakan pengguna media sosial bukanlah orang kampung sebaliknya bersifat lebih luas serata dunia.
"Saya tak tahu apa tujuan abang Tesla tu, tapi media sosial tidak sesuai kerana akan wujudkan penyakit 'ain'.
"Benda yang bagus seperti berkahwin akan jadi fitnah kerana ia mengundang spekulasi," jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Mohd Redzuan turut berkongsi tentang kliennya yang mempunyai empat isteri.
Katanya, individu yang merupakan usahawan itu enggan berkongsikan tentang perkahwinannya kerana bimbang akan mewujudkan perasaan hasad dengki dalam diri orang lain.
"Dia cakap 'tak nak' sebab Malaysia bukanlah negara yang sesuai untuk dedahkan secara terbuka tentang perkara ini, cukuplah saya berkahwin untuk diri saya dan bukan ditunjuk-tunjuk.
"Sekarang bahagia takut nanti ada pula yang hasad dengki dan sebagainya, bergolak pula perkahwinan," katanya lagi.
Dia turut menyatakan kebanyakan isteri yang ditanya berhubung poligami mengakui tidak sanggup melihat perkahwinan di depan mata meskipun memberi izin. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
insert kata2 makian seluruh alam |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalau dapat kahwin sorang pun dah bersyukur sangat.  |
|
|
|
|
|
|
|
iols dgr pasal jgn romantiskan poligami tadi
dia ada sebut bbrp perkara yg iols rasa mmg perlu diambil kira sblm buat keputusan kawen lebih drpd 1:
adakah berkahwin lebih akan menambah taqwa?
adakah mampu berlaku adil dan menjalankan amanah dengan baik?
tepuk dada tanyalah iman hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah dia mahu informed 1 dunia heshe mampu ber jimak halal... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ok je kalau poligami ni kalau paham tujuan dan pelaksanaan..asalkan bukan laki aku... |
|
|
|
|
|
|
|
Whoareyussss Abg Tesla ni????
Pencipta kereta Tesla ke?????
Whoareyussssssss?????  |
|
|
|
|
|
|
|
Bos macik pun kawen dua
Wife first tu best sempoi
Wife kedua?
Depan madu kemain manis gelak2 senyum2
Datang ofis kemain berlagak tak padan suara halus
Takut sangat ofis tak tahu dia bini bos
Bos kawen bini first sebab sama2 sekufu
Bos kawen bini kedua sebab itu first love dia
Lepas 5 tahun kot terjumpa balik masa meeting
Tapi dedua bini dapat harta sama adil lah
Memasing ada kereta rumah bercuti duit belanja
Bezanya?
Bini kedua takde anak
Adan ukerrrr
Harap bini bos tak baca forum |
|
|
|
|
|
|
|
kalau bini kedua begitu kekwat
semoga ada bini ketiga 
boss aku lak dia tak bagi wife dia masuk ofis
ofis is ofis.. gitoh
harap boss aku tak baca komen ni 
|
|
|
|
|
|
|
|
Samalah, iolls takde masalah pon dgn poligami. Bagi iolls org yg berpoligami ni mesti ada alasan yg kukuh. Tapi jgn laki iolls la. Silap2 kuar surat khabar muka depan, suami kena dera dengan isteri 
|
|
|
|
|
|
|
|
bottombikini replied at 24-8-2023 06:20 PM
kalau bini kedua begitu kekwat
semoga ada bini ketiga
Hahahaha
Adoiiii kasi can ar ngata bini boss
 |
|
|
|
|
|
|
|
kaka ok je poligami malah sokong. asalkan suami friska tambah lagi madu |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 24-8-2023 05:55 PM
Bos macik pun kawen dua
Wife first tu best sempoi
Hahahahah
Knp tak da anak?
Tah2 esok lusa pregnant pulok melainkan beliau udah expired |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 24-8-2023 11:39 PM
Hahahahah
Knp tak da anak?
Tah2 esok lusa pregnant pulok melainkan beliau udah expired
Uiii tuo udoh semua
Bini tua bini muda dah level veteren sekarang
Kadang2 deme ni ngusik
Dato taknak tambah 3 ke
Dia jawab
Tak larat nak jadi referee lagi dah
Hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 24-8-2023 05:55 PM
Bos macik pun kawen dua
Wife first tu best sempoi
Laki mmg takleh lupa first lap deme kott.. |
|
|
|
|
|
|
|
redzuan zamberi ni bukan kaunselor perkahwinan je. dia pakar motivasi. office aku penah panggil dia kasi ceramah |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab kita je yg tau laki kita mampu ke idok..kalau mampu, go ahead..kalau tak mampu tapi digigihkan jugek memang mampos laa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo nk kawin, kawin jela. Kenape smpi nk kene wat announcement. Tu hal laki bini.
Nmpk sgt desperate nk viral. Content sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Dia nak show off betapa betulnya kaedah poligami dia, bagitau & pujuk2 peluk2 bini pertama sebelum kawen lagi.
Bukan macam orang lain kawen sorok2 takut bini pertama tau.
Demi content.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|