View: 2857|Reply: 6
|
Dilahirkan Dengan Kaki Seperti Burung Unta, Cacat Tapi Handal Memburu
[Copy link]
|
|
Ahli puak Doma atau puak vaDoma atau Bantwana, sering digelar sebagai “manusia burung unta” kerana kaki mereka yang cacat.
Suku wilayah Kanyemba di Zimbabwe itu terkenal dengan keadaan genetik jarang yang dibawa oleh kebanyakan ahlinya - Ectrodactyly.
Mutasi genetik, juga dikenali sebagai sindrom cakar udang galah, merujuk kepada ketiadaan satu atau lebih jari tangan atau kaki semasa lahir.
Mutasi dipercayai berlaku terhadap kira-kira satu daripada setiap empat kanak-kanak yang dilahirkan dalam suku Doma.
 Foto: Daily Star
Kebanyakan mereka kehilangan tiga jari kaki tengah dan hanya mempunyai dua jari kaki yang berada dalam keadaan terbalik.
Ini adalah keadaan yang terhasil daripada mutasi tunggal pada kromosom tujuh.
Puak itu percaya ia adalah sifat yang perlu diraikan dan membolehkan mereka memanjat pokok dengan lebih cepat.
Memanjat pokok ialah kemahiran yang berguna untuk ahli komuniti kerana mereka mengamalkan gaya hidup tradisional seperti memburu, memancing, mengumpul buah-buahan dan akar liar di dalam hutan. - CARI
Sumber: mStar/Daily Star |
|
|
|
|
|
|
|
Memanjat pokok untuk ape? Memancing? |
|
|
|
|
|
|
|
Takde bideo deme beraksi ka? |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ada yang cakap mutasi. Ada juga yang percaya itu adalah evolusi. |
|
|
|
|
|
|
|
At least cepat sikit habis potong kuku kaki tu |
|
|
|
|
|
|
|
ouu biasa nampak kat tangan kan, diorang panggil lobster claw syndrome ke ape ntah |
|
|
|
|
|
|
| |
|