CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1475|Reply: 1

[Kelantan] Ahmad Dusuki kalah saman

[Copy link]
Post time 21-8-2023 04:40 PM | Show all posts |Read mode

MOHD. Zulhazmi Hassan (tiga dari kiri) bersama peguamnya, Muhammad Faiz Fadzil (tiga kanan) selepas menang saman ke atas Ahmad Dusuki Abdul Rani di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan hari ini.


KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini memerintahkan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abd. Rani membayar RM10,000 kepada Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Mohd. Zulhazmi Hassan atau Jeming selepas rayuannya ditolak berkait isu aset Tabung Haji (TH) yang didakwa dijual kepada bukan Islam.

Hakim Datuk Roslan Abu Bakar membuat keputusan itu selepas mendapati bahawa video Jeming  bukan satu fitnah kerana terbukti aset TH tidak dijual kepada orang bukan Islam.

Roslan turut mendapati bahawa kenyataan Dusuki itu boleh memberikan kesan negatif kepada umat Islam dan bukan Islam di Malaysia.

Keputusan itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada 30 Ogos 2022 lalu dengan menolak tuntutan Ahmad Dusuki dan kos sebanyak RM10,000. dikekalkan.

Ahmad Dasuki diwakili peguam Mohd Jamil Yaacob sementara Jeming oleh Muhammad Faiz Fadzil.

Saman fitnah dikemukakan Ahmad Dusuki berhubung satu video yang dimuat naik Hazmi bagi menuntut permohonan maaf kerana pendakwah bebas itu didakwa memfitnah aset TH dijual kepada orang bukan Islam ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah sebelum ini. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... dusuki-kalah-saman/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2023 08:53 PM | Show all posts
bertambah lg rekod org pas kalah saman.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.071292 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list