CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1025|Reply: 0

[Perlis] Kesepakatan petani, amalan pertanian betul mampu tingkat pengeluaran padi

[Copy link]
Post time 21-8-2023 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Kesepakatan petani, amalan pertanian betul mampu tingkat pengeluaran padi


BERNAMA



Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (tengah) menunjukkan hasil padi yang baru dituai pada Program Santai Agro Madani Penuaian Padi Projek Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Mini Sekinchan MADA di Kampung Lat 1000 dekat Simpang Empat, Perlis di sini. FOTO BERNAMA



Arau: Kesepakatan petani dan penggunaan amalan pertanian yang betul mampu meningkatkan pengeluaran padi dan beras negara pada masa akan datang, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata kesepakatan dan amalan pertanian betul seperti Projek Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Mini Sekinchan MADA juga dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap beras import.

"Ini adalah satu daripada usaha awal kerajaan sebelum projek pengairan baharu Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) melibatkan prasarana bernilai RM3 bilion dilaksana bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran padi kepada lima musim dalam tempoh dua tahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Santai Agro Madani Penuaian Padi Projek Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Mini Sekinchan MADA Kampung Lat 1000 hari ini.

Turut hadir Pengerusi MADA Datuk Dr Ismail Salleh, Pengerusi Lembaga Pengurusan Pertubuhan Peladang Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS Datuk Zamri Yaakob dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Razali Saad.

Mohamad berkata beliau dapat melihat sendiri bahawa projek tersebut berjaya membuahkan hasil apabila padi di kampung Lat 1000 mengeluarkan isi buah penuh dan berkualiti.

"Jika dilihat hasil padi paling tinggi di Malaysia adalah di Sekinchan apabila mereka memperoleh sehingga 12 tan hasil padi bagi setiap hektar dan di sini kita berjaya hasilkan kira-kira 10 tan bagi setiap hektar.

"Sekiranya setiap petani dapat hasilkan tujuh tan setiap hektar, saya yakin kita dapat mengurangkan kebergantungan kepada beras import pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata usaha segera perlu dilakukan bagi memastikan bekalan beras negara sentiasa mencukupi dan ini yang sedang dilakukan oleh kerajaan serta dalam masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan petani.

Katanya beliau juga telah membuat arahan penggunaan mesin padi bersaiz lebih kecil dan ringan bagi mengelak berlaku tumpahan padi.

"Hari ini dapat lihat bahawa tumpahan padi amat kurang dan kita dapat selamatkan tumpahan sebanyak lapan peratus," katanya.

Projek SMART SBB Mini Sekinchan MADA di Kampung Lat 1000 membabitkan keluasan tanah 97.70 hektar dengan 28 peserta manakala 75.268 hektar membabitkan 51 peserta diusahakan di Kampung Tok Mengkula, Air Hitam, Kedah.



Disiarkan pada: Ogos 21, 2023 @ 3:04pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 23870 Replies : 680
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 17234 Replies : 24
‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700 – Rakyat Malaysia Ini Tak Menyesal Jadikan Kereta Sebagai Rumah.Anda kehairanan?
YgBenar‘Saya Dapat Jimat Banyak hingga RM700
Views : 4519 Replies : 33
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33426 Replies : 92
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 16425 Replies : 7
mana Fantasy Creation?
printercomelmana Fantasy Creation?
Views : 17788 Replies : 7
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 15508 Replies : 7
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 90604 Replies : 2834
AKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA, MK K-CLIQUE, ZAHIRIL ADZIM] 7PM ISNIN - JUMAAT
eddlisa_uyukAKASIA : AKU BUKAN USTAZAH [ERYSHA EMYRA
Views : 3851 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 1.045435 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list