View: 2276|Reply: 18
|
[Tempatan]
Datuk K beri keterangan kes Ahmad Zahid
[Copy link]
|
|
Datuk K beri keterangan kes Ahmad Zahid
https://www.bharian.com.my/berit ... gan-kes-ahmad-zahid
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali - Ogos 21, 2023 @ 9:31am
[email protected]
Khalid tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pada jam 8.46 pagi tadi untuk memberikan keterangan sebagai saksi pembelaan. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, dijangka memberikan keterangan sebagai saksi dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Khalid yang juga dikenali sebagai Datuk K tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, pada jam 8.46 pagi tadi untuk memberikan keterangan sebagai saksi pembelaan.
Seramai tujuh saksi bagi pihak Ahmad Zahid sudah memberikan keterangan dalam perbicaraan kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi itu sebelum ini.
Ahmad Zahid, 70, dibicarakan dengan 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Presiden UMNO itu didakwa dengan 12 tuduhan pecah amanah iaitu menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat enam pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans dan lesen kenderaan persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ahmad Zahid juga didakwa dengan lapan tuduhan rasuah iaitu menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga didakwa dengan 27 tuduhan pengubahan wang haram dengan membabitkan diri dalam transaksi secara langsung berhubung pendapatan daripada aktiviti haram antara 26 Mac 2016 dan 11 April 2018.
|
|
|
|
|
|
|
|
HAHA SITINON...patut la gigih jilat paknon skrg , angkara tok kertu rhoper nyeh
Maka terjawab la segala persoalan...... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia macam tiberrrrr
Walhal Dato K ni orang kuat Tun |
|
|
|
|
|
|
|
tokti tak buat live ke htr somi ke mhkamh |
|
|
|
|
|
|
|
muka kaki sakau jugak Mat K ni |
|
|
|
|
|
|
|
patut laaaa huhaaa sgt rapat dgn walanon... ada ketam rupanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Patott ler ctdk baik betolll dgn anwar..sedangkan seblm anwar jadi pm bukan main dia menyokong mahatir dan muyiddinn...rupaaanyaaaa membodekkk
|
|
|
|
|
|
|
|
Menenggek demi kelangsungan hidup kaedahnya |
|
|
|
|
|
|
|
opportunists kan... mana ada perkataan loyalty dlm kamus idop. |
|
|
|
|
|
|
|
patutu la anak beranak lain maciam duk menempek kat pmx
|
|
|
|
|
|
|
|
masa kempen PRN ala madani,
tokti siap menyanyi lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ke duit yayasan digunakan utk buat pelaburan
Ko mmg hamlau la tok Kertu..Jijik..
|
|
|
|
|
|
|
|
tok k org tgh antara zahid dgn wasi khan (ceo armada holdings)...ada benang lg satu yg tulis keterangan tok k dlm mahkamah
|
|
|
|
|
|
|
|
mamaneesa replied at 22-8-2023 07:35 AM
tok k org tgh antara zahid dgn wasi khan (ceo armada holdings)...ada benang lg satu yg tulis keter ...
Mana bebenang yg tu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|