CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1287|Reply: 0

62 pegawai, anggota polis dibuang kerja tahun ini - Ayob Khan

[Copy link]
Post time 20-8-2023 05:03 PM | Show all posts |Read mode

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan), Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) serta Ayob Khan (kiri) ketika menghadiri majlis pengebumian Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang allahyarham Datuk Seri Johari Harun di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves, Selangor hari ini. FOTO BERNAMA

Gombak: Seramai 62 pegawai dan anggota polis yang didapati terbabit dalam pelbagai kesalahan serta penyalahgunaan dadah sudah dibuang kerja sepanjang tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tindakan buang kerja adalah sebahagian daripada 741 hukuman dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap warganya bagi tempoh Januari hingga Julai lalu.

"Hukuman berbentuk amaran adalah tertinggi diberikan kepada pegawai dan anggota yang melakukan kesalahan dengan 443 tindakan.

"Selain itu, sebanyak 130 tindakan denda dikenakan, lucut hak emolumen (79), tangguh pergerakan gaji (15), turun gaji (7) dan diturunkan pangkat (5).

"Sepanjang tahun lalu, seramai 154 pegawai dan anggota dibuang kerja berbanding pada 2021 iaitu 117 pegawai dan anggota," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah di sini, hari ini.

Ayob berkata, PDRM tidak pernah bertolak ansur dengan mana-mana pegawai dan anggotanya yang melakukan kesalahan jenayah, dadah, salah laku dan tatatertib.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tahun-ini-ayob-khan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.056397 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list