CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 683|Reply: 0

[Kelantan] Dadah RM2.02 juta dirampas, 416 ditahan termasuk dua pelajar

[Copy link]
Post time 20-8-2023 05:01 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMAD Zaki (tengah) bersama pegawainya menunjukkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.02 juta. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM2.02 juta dalam Op Tapis Khas yang berakhir semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam operasi bermula 6 Ogos itu, seramai 416 individu ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Akta Racun (AR) 1952 dan ADB (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

"Kesemua yang ditahan berusia antara 16 hingga 65 tahun termasuk dua pelajar di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

"Pelbagai jenis dadah bernilai RM2.02 juta dirampas manakala hasil sitaan harta pula sebanyak RM379,817.53.

"Jumlah dadah yang dirampas itu jika berjaya diedarkan, boleh digunakan oleh seramai 196,218 penagih," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Dalam operasi itu, Muhamad Zaki berkata, dua lelaki warga Thailand turut ditahan dengan rampasan 15.52 kilogram ganja mampat.

Beliau berkata, tangkapan dibuat petang Isnin lalu di kawasan lapang di Kampung Jeram Perdah, Pasir Mas jam 4.30 petang.

"Kedua-dua lelaki yang juga penganggur itu sedang berdiri di kawasan lapang dengan seorang daripadanya sedang memikul satu kotak di bahunya.

"Pemeriksaan dalam kotak itu mendapati ada 15 bungkusan cerah berisi ganja mampat dengan nilai dianggarkan RM48,112 dan jika berjaya diedarkan, boleh digunakan oleh 1,520 penagih.

"Hasil semakan tidak menemukan rekod lampau terhadap kedua-dua suspek dan mereka ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B ADB 1952," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ermasuk-dua-pelajar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.902786 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list