CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1059|Reply: 0

15 pegawai, anggota ditahan di pusat hiburan di Seremban kini ditahan tugas - Ayob Khan

[Copy link]
Post time 20-8-2023 02:14 PM | Show all posts |Read mode

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. - BERNAMA

GOMBAK: Semua 15 pegawai dan anggota polis yang ditahan dalam serbuan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di Negeri Sembilan semalam kini ditahan tugas.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, dengan kertas siasatan kes itu kini sedang disiapkan untuk diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara bagi tindakan lanjut.

Beliau turut mengesahkan seorang timbalan pendakwa raya dan pendaftar mahkamah turut ditahan dalam serbuan sama.

"Tindakan telah diambil...yang pertama mereka ditahan kerja dan kita juga sedang siapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada pejabat Peguam Negara.



"Daripada 15 anggota dan pegawai ditahan itu, 14 disahkan positif dadah. Dia penjawat awam yang ditahan itu juga positif (dadah)," katanya ketika ditemui media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada EXCO Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun yang maut dalam nahas pesawat Beechcraft 390 di Elmina, Shah Alam Khamis lalu.

Semalam BH melaporkan seorang pegawai dan 14 anggota polis membabitkan pelbagai jabatan ditahan bersama dua penjawat awam termasuk timbalan pendakwa raya ketika disyaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Dato Sheikh Ahmad di Seremban.

Mereka ditahan dalam serbuan dilakukan JIPS Bukit Aman kira-kira jam 2.30 pagi, semalam.

Semua pegawai dan 14 anggota yang ditahan itu bertugas di pelbagai jabatan termasuk Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Nilai dan Tampin, selain Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Ayob berkata, semua anggota dan pegawai terbabit buat masa ini dilepaskan dengan jaminan polis sementara kertas siasatan dilengkapkan.

Beliau dalam pada itu menafikan tindakan ke atas pegawai dan anggota yang ditahan itu diambil hanya selepas maklumat serbuan ditularkan di media sosial, sebaliknya dikenakan ke atas mana-mana anggota atau pegawai yang ditahan dalam operasi pusat hiburan.

"Kita tidak akan bertolak ansur...mana-mana yang kita tangkap dalam operasi pusat hiburan kita akan ambil tindakan tegas…bukan dikenakan (tindakan) selepas dihebahkan portal tertentu, tidak," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, sepanjang tahun ini sahaja 741 tindakan tatatertib diambil dan lebih kurang 60 anggota serta pegawai sudah dibuang kerja setakat Julai lalu.

"Proses tatatertib akan mengambil masa panjang dan orang ramai diminta tidak menganggap pihak polis melepaskan anggota dan pegawai terbabit tanpa tindakan.

"Mereka (suspek) diberi jaminan polis, itu proses biasa. Jangan tanya pula kenapa dibebaskan, itu proses biasa di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Walaupun saringan awal positif, kita akan hantar sampel kepada patologi yang mungkin akan ambil masa sebulan," katanya.

Ayob berkata, jika disabit kesalahan anggota dan pegawai terbabit boleh digantung kerja sementara rayuan dibuat di mahkamah.
https://www.bharian.com.my/berit ... remban-kini-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.049200 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list