Itali terpaksa belanja RM14.7 juta atasi ancaman ketam biru
Rom: Gara-gara diancam pencerobohan agresif dan serangan ketam biru, Itali akan membelanjakan €2.9 juta (kira-kira RM14.7 juta) untuk menangani ancaman berkenaan yang berpotensi menjejaskan peranan negara sebagai satu daripada pengeluar kerang terkemuka dunia.
Sky News melaporkan, ketam biru yang berasal dari Atlantik barat itu sudah merebak di beberapa lokasi seperti laguna di Itali, 'menyerang' kerang tempatan, ikan dan hidupan akuatik yang lain.
Ladang akuakultur kerang di delta lembah sungai Po di utara Itali sudah terjejas teruk, dengan ahli biologi marin tempatan memberitahu Reuters bahawa ketam biru telah memakan sehingga 90 peratus kerang muda, hampir menghapuskan pengeluaran masa depan.
Pakar berkata tidak jelas mengapa ketam biru kini membiak dengan kelajuan sedemikian tetapi mungkin ada kaitan dengan perubahan iklim.
Menteri pertanian Itali, Francesco Lollobrigida, melawat delta di sungai Po pada Sabtu dan berkata kerajaan akan meluluskan pembiayaan kecemasan.
Sejumlah €2.9 juta (kira-kira RM14.7 juta) diperuntukkan kepada koperasi perikanan dan penternak akuakultur yang cuba mengekang bilangan ketam biru dengan kempen memancing ketam itu turut diadakan secara besar-besaran.
Nelayan di kawasan terjejas sudah dinasihatkan untuk menangkap sebanyak mungkin ketam biru untuk mengurangkan jumlahnya.
Ketam biru di pantai Porto Tolle, Itali. Foto Reuters
Post time 20-8-2023 10:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
tapi ketam biru sedap. kat sini $18-$23/ kg. tgk size laa.. kdg dpt yg musim ketam lembut... senang nk mkn..
kena tunggu kat jeti sbb org sini selalu antor ketam ke kl.