CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 796|Reply: 0

De Bruyne lebih semangat lepas jalani pembedahan

[Copy link]
Post time 19-8-2023 10:46 AM | Show all posts |Read mode

Kevin De Bruyne kecewa apabila dikeluarkan selepas 36 minit kerana cedera pada aksi Liga Perdana Inggeris menentang Burnley di Turf Moor minggu lalu. – Foto REUTERS

LONDON: Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne menjalani pembedahan susulan kecederaan hamstring dialaminya di Burnley pada hari pembukaan musim baharu Liga Perdana Inggeris.

Pemain antarabangsa Belgium itu dikeluarkan selepas 36 minit ketika pasukan juara bertahan menang 3-0 ke atas kelab pendatang baharu Burnley seminggu lalu dan City menyatakan dia mungkin terpaksa berehat hingga empat bulan.

Bagaimanapun, De Bruyne lebih yakin dengan proses pemulihannya semalam.

"Berita selepas perlawanan dengan Burnley satu tamparan hebat buat saya secara fizikal dan mental. Kini pembedahan selesai dan saya sedia untuk menjalani pemulihan dan kembali beraksi tidak lama lagi," katanya dalam ciapan di Twitter.


De Bruyne, yang diketepikan ketika City memenangi Piala Super UEFA mengatasi Sevilla di Athens Rabu lalu, turut dikeluarkan pada final Liga Juara-Juara menentang Inter Milan Jun lalu.

Pengurus City, Pep Guardiola sebelum ini berkata pemain tengah berusia 32 tahun itu mengalami kecederaan berulang di tempat sama. – REUTERS

https://www.bharian.com.my/sukan ... s-jalani-pembedahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.128203 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list