CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1178|Reply: 3

PM Bantu Islamkan Saudara Baharu

[Copy link]
Post time 19-8-2023 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Tular di media sosial video memaparkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantu mengislamkan seorang saudara baharu di Masjid Ar-Rahimiah, Klang, Selangor.


Menerusi video yang berdurasi yang dimuat naik pengguna @ceksue368 di TikTok, dipercayai Anwar diminta untuk mengislamkan saudara baharu itu selepas selesai menunaikan solat jumaat di masjid berkenaan.






Dapat dilihat, Pengerusi Pakatan Harapan itu mengajar individu tersebut mengucap dua kalimah syahadah sebelum disambut dengan laungan Allahuakhbar oleh beberapa jemaah yang hadir.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka melihat Anwar Ibrahim yang membantu mengislamkan saudara baharu yang dikenali sebagai Muhammad Anuar itu.





Terdahulu, Anwar yang dijadualkan menunaikan solat Jumaat di Sri Petaling, memilih untuk solat Masjid Ar-Rahimiah, Klang selepas bergegas ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk melawat keluarga mangsa yang terlibat dengan nahas pesawat terhempas pada Jumaat.




Sumber: Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2023 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap jd org islam yg baik dan hati yakin pd Allah.. aku yg islam sbb keturunan ni pun sentiasa kena ingatkan hati ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2023 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga lebih ramai non muslim dapat di islamkan oleh anwar. Kami sokong

Benda baik kita sokong. Tahniah saudara baru kita.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2023 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu je geng2 dia ni membongak kaki spin semua ada, ingat kes lynas  masa pembangkang mcm2 dongeng dia  boleh mutasi jadi alienlah apalah, sekarang dah gomen siap lynas boleh iklan kat tv lagi, byk lagi ptpn hapus, petrol turun, malaysian memang mudah kena tipu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.091555 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list