CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 780|Reply: 0

EPL: Ten Hag guna taktikal berbeza

[Copy link]
Post time 19-8-2023 10:36 AM | Show all posts |Read mode

UNITED gagal menyerlahkan potensi sebenar ketika berdepan Wolves pada aksi pertama dan bakal turun dengan beberapa rombakan bertemu Spurs. - FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mungkin akan membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama pasukan itu ketika mereka dijadual turun menentang Tottenham Hotspur tengah malam ini.

Kemenangan tipis 1-0 ke atas Wolverhampton Wanderers pada aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris nyata tidak begitu menggembirakan pengendali dari Belanda itu apabila United gagal menunjukkan prestasi sebenar.

“Ia adalah permulaan yang hambar untuk musim ini. Saya percaya bahawa tahap persembahan seperti itu tidak boleh berulang lagi sepanjang musim ini.

“Cara kami menyerang memerlukan perubahan dan itu adalah fokus utama kami sebelum menyenaraikan kesebelasan utama untuk akmi menentang Spurs. Kami mungkin perlu membuat rombakan pada bahagian tengah,” kata Ten Hag.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ten Hag, berkemungkinan pemain sayap muda United, Alejandro Garnacho mungkin tidak akan berada dalam kesebelasan utama, sebaliknya Jadon Sancho yang masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Wolves dilihat lebih dominan.

Selain itu, pemain tengah baharu, Mason Mount juga dilihat berdepan kesukaran pada aksi pertama dan gagal membantu jentera tengah United berfungsi dengan baik, manakala United juga mungkin kehilangan pemain pertahanan, Lisandro Martinez yang mengalami kecederaan.

Dalam pada itu, penggempur sensasi The Red Devils, Marcus Rashford mendedahkan bahawa dia sudah bertemu Ten Hag untuk membincangkan dan memberi cadangan mengenai posisi terbaik yang perlu diberikan kepadanya.

“Saya lebih gemar dan selesa beraksi sebagai sayap kiri. Saya sukakan posisi penyerang tengah, tetapi saya hanya mempunyai ruang dan masa yang kurang untuk melakukan jaringan.

“Sejak dari kecil saya sentiasa mahu bermain dan terlibat dalam gerakan, saya rasa beraksi di bahagian sayap kiri memberikan saya lebih ruang dan sebab itu juga saya banyak kali berdepan kesukaran menjadi seorang penyerang,” jelasnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... a-taktikal-berbeza/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.046803 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list