CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2099|Reply: 8

'Bayar RM3,000 Jika Tidak Mahu Ibu Tahu Kamu Gay'

[Copy link]
Post time 17-8-2023 05:12 PM | Show all posts |Read mode
Ampang Jaya: Tindakan seorang lelaki menyamar polis dan ingin melakukan seks luar tabii dengan penuntut lelaki yang dikenali di laman sosial selain memeras ugut mangsa mengundang padah apabila dia ditahan semalam.


Penuntut universiti swasta itu trauma selepas diugut suspek berusia 32 tahun yang mendakwa mangsa seorang gay dan akan memberitahu ibunya jika tidak membayar RM3,000.






Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa berusia 24 tahun mengenali suspek di laman sosial dan dijemput suspek pada 10 Ogos lalu dengan kereta di Jalan Putra 4, Ampang.


Menurutnya, suspek mendakwa dirinya 'pegawai polis' dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan mengugut mengatakan mangsa seorang gay serta akan memberitahu ibu pengadu mengenai perkara itu.


"Suspek meminta wang sebanyak RM3,000. Akibat ketakutan, mangsa menghubungi rakannya untuk memindahkan wang kepadanya.


"Selepas itu, suspek membawa mangsa ke sebuah bank di Ampang Point untuk mengeluarkan wang tetapi tidak dapat dikeluarkan sehingga menyebabkan suspek marah," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohd Azam berkata, selepas itu suspek memberikan wang tunai sebanyak RM1,500 kepada suspek ketika berada di dalam kenderaan di hadapan kedai serbaneka 24 jam di Taman Nirwana.


"Suspek meminta baki RM1,500 dipindahkan melalui pemindahan dalam talian ke sebuah akaun Maybank sebelum meninggalkan mangsa di hadapan sebuah restoran.


"Susulan itu, pada jam 6.40 petang semalam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya menahan suspek di kawasan letak kenderaan di Petaling Jaya," katanya.


Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau kesalahan dadah dan ujian air kencing adalah negatif dadah.


"Siasatan mendapati tujuan suspek berjumpa mangsa adalah untuk lakukan seks luar tabii. "Suspek juga mengugut mahu menangkap semua pengamal LGBT di Malaysia menyebabkan mangsa ketakutan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan merujuk kepada mendatangkan ketakutan bencana dengan tujuan hendak melakukan pemerasan," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2023 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah LGBTQ+ gay dalam almari tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by caprut at 17-8-2023 05:22 PM

Anwar dgn jemin relax je. Apo la kalau yg ugut tu undi PN ckp la ouh jemin tu gay ko okay je hanat. Kalau yg ugut tu sokong anwar ckp pula babi nye waliwat
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 05:24 PM | Show all posts
ramai tul gay kat malaysia ni  
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tiba masa Kerajaan melindungi kaum LGBT...seperti Kurex juga dari diganggu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pisanggoreng at 17-8-2023 06:52 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2023 09:08 AM | Show all posts
iya la tuh.... takde cite lepas main baru ke paw ker tu??
hahahhaha.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 09:53 AM | Show all posts
.....mcm tu je dia ugut...? bukan ada bukti pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2023 10:09 AM | Show all posts
Scammer akan guna modal apa pun untuk dapat duit. Scammer tak peduli pun kau stret gay janda orang tua kaya miskin selagi bole scam dia akan scam... mudah-mudahan scammer ini dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.050094 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list