CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1598|Reply: 0

Paras empangan susut akibat kemarau, Istanbul gesa penduduk jimat air

[Copy link]
Post time 17-8-2023 11:52 AM | Show all posts |Read mode


ISTANBUL: Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu semalam menggesa hampir 16 juta penduduk bandar ini supaya mengamalkan langkah penjimatan air berikutan musim kemarau sedang melanda.

Isi padu empangan di Istanbul kini hanya sekitar 33.37 peratus, malah menyaksikan penurunan berterusan, lapor Xinhua.

Kadar pengisian 10 empangan yang membekalkan air ke Istanbul mencapai 61.87 peratus pada Ogos tahun lalu, menurut data rasmi Pentadbiran Air dan Pembetungan Istanbul (ISKI).

Justeru, ISKI mengesyorkan senarai langkah penjimatan air untuk penduduk, termasuk membaiki pili air serta memendekkan masa di dalam bilik mandi selama satu minit yang mana ia masing-masing mampu menjimatkan enam dan 16 tan air setahun. – BERNAMA-XINHUA


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.392010 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list