View: 1966|Reply: 0
|
Bintang Maghribi bakal milik Liverpool
[Copy link]
|
|
AMRABAT (kiri) menarik minat beberapa kelab gergasi EPL.
London: Pemain tengah Fiorentina Sofyan Amrabat dilaporkan semakin hampir menyertai Liverpool sekali gus memberikan tamparan hebat kepada Manchester United.
Amrabat menjadi tumpuan selepas menarik minat beberapa kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim panas ini termasuk Liverpool, Manchester United dan West Ham.
Skuad Erik ten Hag pada awalnya mendahului persaingan menandatangani pemain berusia 26 tahun itu. Pengurus Red Devils terbabit pernah bekerjasama dengan Amrabat di Utrecht sebelum ini.
Namun Liverpool tidak mahu melepaskan peluang dan kini tampak mampu memintas persaingan United untuk mendapatkan pemain antarabangsa Maghribi itu.
Media Belanda AD melaporkan "Liverpool kini semakin hampir memuktamadkan perjanjian dalam tempoh beberapa hari lagi."
Pakar perpindahan pemain Fabrizio Romano turut mengesahkan laporan itu tetapi menegaskan belum ada tawaran rasmi dikemukakan kelab Merseyside.
"Liverpool kini berunding dengan Sofyan Amrabat seperti dilaporkan AD," menurut Romano di Twitter. "Tiada tawaran rasmi dibuat, hanya rundingan untuk menetapkan syarat perjanjian.
"Belum ada keputusan dibuat dan Liverpool masih meneroka pasaran untuk mencari pemain tengah."
Bagaimanapun Liverpool tidak boleh menunggu lebih lama selepas usaha mereka mendapatkan Moises Caicedo digagalkan Chelsea. Pemain berusia 21 tahun itu akhirnya memilih Blues walaupun bakal menjalani ujian perubatan di Anfield.
Lebih mengecewakan seorang lagi pemain menjadi sasaran Reds Romeo Lavia dijangka turut mengikut langkah Caicedo ke Stamford Bridge, hanya beberapa hari selepas Liverpool bersetuju yuran £60 juta (RM354 juta) untuk mendapatkan pemain Southampton itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kal-milik-liverpool |
|
|
|
|
|
|
| |
|