CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1442|Reply: 0

[Perlis] Letupan kuat depan sekolah

[Copy link]
Post time 16-8-2023 04:12 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan.

PADANG BESAR: Letupan kuat dilaporkan dari kawasan hadapan sebuah sekolah di Padang Besar, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat sekitar jam 7.30 pagi daripada pengawal keselamatan sekolah.

"Pengawal keselamatan itu memaklumkan mendengar satu bunyi letupan kuat di bahagian hadapan luar pagar sekolah pada jam sekitar 4 pagi.

"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar bersama pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dikerah ke tempat kejadian. Berdasarkan siasatan awal, kita mendapati letupan berpunca daripada objek dipercayai buatan sendiri," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Katanya, siasatan awal pihak polis mendapati bahan letupan itu dipercayai diperbuat daripada paip besi.

"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan dan siasatan masih dijalankan. Polis memohon kerjasama orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau juga menasihatkan masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis selain mengganggu gugat awam.

Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat di talian 011-5551 000 atau talian hotline 60 4942222.
https://www.bharian.com.my/berit ... -kuat-depan-sekolah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.076499 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list