CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1324|Reply: 0

[Perlis] Lebih 71,000 rakyat Perlis dapat manfaat program Jualan Rahmah

[Copy link]
Post time 16-8-2023 01:05 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

KANGAR: Program Jualan Rahmah (PJR) yang mula dilancarkan di Perlis pada 16 April lalu memberi manfaat kepada 71,176 pengguna terutama mereka yang memerlukan daripada golongan B40.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis, Norazah Jaapar, berkata setakat ini, PJR diadakan sebanyak 45 kali membabitkan 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

"Nilai jualan PJR sehingga kini sebanyak RM957,340 membabitkan perbelanjaan keseluruhan termasuk subsidi berjumlah RM513,617.12. Antara barangan dijual yang mendapat sambutan tinggi ialah beras, tepung gandum, minyak masak, bihun, bawang dan makanan kering," katanya di sini, hari ini.

Norazah berkata, PJR di negeri ini dilaksanakan secara dua kaedah iaitu jualan dalam dan luar premis serta diadakan di lokasi berbeza untuk memastikan semua rakyat mendapat manfaat daripadanya.



"Bagi jualan di luar premis, KPDN Perlis mengadakan kolaborasi dengan pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi jabatan kerajaan. Selain itu, premis perniagaan juga terbabit sebagai rakan strategik dalam pelaksanaan PJR," katanya.

Norazah berkata, KPDN Perlis menyusun strategi supaya kebolehcapaian ini dapat dilaksanakan menerusi Jualan Rahmah Bergerak dan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan serta komuniti setempat.

"Rakyat Perlis khasnya diminta mengikuti Facebook KPDN Perlis untuk mendapatkan kemas kini berhubung penganjuran PJR di sekitar negeri ini.

"Kami turut menerima maklum balas daripada rakyat bagi tujuan penambahbaikan, antaranya pengguna meminta program ini diadakan lebih kerap di tempat mereka terutama di kawasan yang berjauhan dari pasar raya seperti di FELDA dan FELCRA," katanya. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... ogram-jualan-rahmah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.060054 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list