CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3745|Reply: 37

[Tempatan] Menawarkan Diri Untuk Masuk Podcast, TMJ Nak Kasi Gegar Sikit Negara Ni!

[Copy link]
Post time 16-8-2023 11:22 AM | Show all posts |Read mode


PODCAST dalam talian yang dibangunkan dua bekas ahli Umno, Shahril Sufian Hamdan dan Khairy Jamaluddin kini menjadi satu tarikan hangat bagi pendengar daripada pelbagai latar belakang.

Di samping berjaya menjemput tetamu undangan yang berkaliber, topik yang dikupas mereka juga cukup menarik untuk difahami orang ramai.

Baru-baru ini, mereka memilih untuk menjemput bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kar Ming bagi membincangkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam lokasi.

Antara perkara yang dikupas adalah mengenai peningkatan ketara undian terhadap Perikatan Nasional di Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.

Podcast yang berdurasi melebihi dua jam itu menerima hampir 287,000 tontonan sejak dimuat naik di platform YouTube pada Isnin.

Bagaimanapun, apa yang lebih menarik mengenai perbincangan tersebut adalah apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim sempat memberikan cadangan buatnya.

"Baik ajak saya sahaja masuk Keluar Sekejap ni. Tiada tapisan, kasi gegar sedikit negara ni," katanya menerusi satu komen di Instagram peribadi.

Perkara berkenaan dikongsikan Khairy di Instastory dengan ia mencuri tumpuan orang ramai, lebih-lebih lagi dalam kalangan pendengar setia podcast itu.

Tidak boleh dinafikan bahawa TMJ mempunyai hubungan cukup baik dengan bekas Menteri Belia dan Sukan itu dengan Khairy dilantik sebagai Penasihat Belia Johor awal tahun lalu.

Sekiranya jemputan tersebut diterima, ia akan menyaksikan perbincangan lebih hangat diadakan ketika sesi podcast yang kini semakin mendapat perhatian.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2023 11:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2023 11:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia nk marah nusi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 16-8-2023 11:24 AM
Dia nk marah nusi ke?

Lionel Nusi mesti lawan balik punya kikiki.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 11:36 AM | Show all posts
jap2..ni cerita pasal TMJ the crown prince ke pasal jaw disorder ni? pe kena ngena dgn jaw tu..aduih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2023 11:37 AM | Show all posts
serious question,  mcm mana nk treat TMJ ni eh
iols rasa mcm ada la
mula bukak nganga x luas mana pon biasa biasa je
msti bunyi ketek ketek ketek
tmj ke tu eh?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 11:49 AM | Show all posts
Tak payah lah ko sibuk & nak mengeruhkan keadaan lagi
Ko pun makan elaun rakyat kasi je ( yg sepatutnya )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2023 11:50 AM | Show all posts

Sambung balik dendam & marah yg tak habis pasal hal bola ri tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 12:16 PM | Show all posts
Bagus lah alternatif KJ dengan Shahril nih buat. Keluar Sekejap = KS = Khairy Shahril. Duit pun dapat, publisiti pun dapat. Orang politik nih dapat publisiti, dapatlah undi nanti. Bergeliga kepala otak diorang nih.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 02:28 PM | Show all posts
pekanwoohoo replied at 16-8-2023 12:16 PM
Bagus lah alternatif KJ dengan Shahril nih buat. Keluar Sekejap = KS = Khairy Shahril. Duit pun dapa ...

KS buat comeback utk PRU16....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku takda isu kalo tiyemvajayjay jadi residence guest ....tapi pendengar harus diberi some kind of immunity utk rebutt kaw kaw if need be....jgn kena rebutt sikit terus kena hangkut..

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
toksah masuk la. kerabat lain skit dr marhaen. tkut tlepas tanya,tlepas buat pnytaan, jnuh nk counter balik
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 03:37 PM | Show all posts
Kita memang ada TMJ disorder. Tibaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 03:39 PM | Show all posts
biarlah beliau bersuara....mungkin ada yg boleh dijadikan formula utk kurangkan perbelanjaan membayar gaji dan pencen YB YB sekelian
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 03:40 PM | Show all posts
kerabat diraja di malaysia sepatutnya behave...sistem raja berpelembagaan bukan selama-lamanya kekal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2023 03:46 PM | Show all posts
nanti kalau view rendah dari Nusi punya episode sentap la pulak, Nusi punya episode 1.2 juta dalam sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 16-8-2023 03:40 PM
kerabat diraja di malaysia sepatutnya behave...sistem raja berpelembagaan bukan selama-lamanya kekal

Nak berada dikalangan rakyat boleh je...nak santai nak kongsi pandangan mesti jugak be ready to be ridicule....kalau setakat nak join the podcast tapi berlencanakheun istana tak boleh direbutt and kutuk kaw kaw pandangannyer...my take is dok dlm palace pakai kain pelikat je....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
lifeline replied at 16-8-2023 11:37 AM
serious question,  mcm mana nk treat TMJ ni eh
iols rasa mcm ada la
mula bukak nganga x luas mana po ...

Oh ada bunyi ya?
Iols plak kalau nguap besar mesti sakit kat jaw tu amik masa 10-20 saat nk lega
Iols penah baca kat mastika dulu2 kisah org menguap besar pastu rahang dia mcm teralih takle tutup. Meleleh je air liur kena pi klinik kesihatan nnt doktor betulkan balik kedudukan rahang tu.
Risau plak iols kalau tiba takleh tutup huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 05:08 PM | Show all posts
Eloklah tu, cakap boleh. nak lawan balik x boleh.
No need,
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.480974 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list