CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3158|Reply: 8

Keluar Makan-Makan Dan Jalan-Jalan Dengan Bekas Isteri- Puteri Lily Merungut Aziz M Osman Block Di IG, Tak Boleh Nak Tag

[Copy link]
Post time 15-8-2023 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Walaupun dah cerai, Aziz M Osman  masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya, Puteri Lily.


Mereka dilihat keluar makan bersama anak-anak selain bergurau mengenai tindakan Aziz, 61, menyekat akaun Instagram Puteri Lily sebelum ini


Foto: IG




Puteri Lily memberitahu dia tidak boleh membuat pautan (tag) bekas suaminya dalam hantaran dibuat dan secara bergurau mendesak Aziz membuka semula sekatan tersebut.


"Tak boleh nak tag sebab kena block. Nak suruh Aziz unblock semula. Berani dia block saya," tulisnya di Instagram miliknya.






Aziz kemudiannya memberikan telefonnya kepada bekas isterinya untuk membuka semula sekatan yang dibuat sebelum ini.


Namun Aziz memberi amaran akan menyekat semula akaun Puteri Lily sekiranya dia membuat hantaran berbaur pelik selepas ini.


"Awak post merepak je, saya block semula la," balas Aziz.






Mereka juga dilihat masih mesra menikmati makanan Jepun di sebuah restoran.


Untuk rekod, Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Puteri Azzahra, 11 dan Putera Mohamad Aryan, 5 tahun.






Sebelum ini, Aziz pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit dan pelakon Nor Aliah Lee pada 1992 sebelum bercerai pada 2007.


Hasil perkahwinan itu, Aziz dan Aliah dikurniakan enam orang cahaya mata.


Selepas bercerai dengan Aliah, Aziz bertemu jodoh dengan Nor Radhiah pada 16 Ogos 2008 namun perkahwinan itu tidak sah kerana wanita itu masih dalam tempoh edah. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aiii serai lg pakcik ni. Rasanya isteri yg ni jauh lebih muda plus aliah tu isteri no 2 kan. Sblm tu ada kahwin dgn sapa tah. Ada anak jugak. Brp anak pakcik sebenarnya. Sbb each time kahwin bertahun2 gak minus yg kawin ms dlm edah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 02:52 PM | Show all posts
baru serai kan?so msih dlm edah lagi baik la dipujuk yee bini muda tu tok ajis oiii..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 08:47 AM | Show all posts
sooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 07:55 AM | Show all posts
Ex wife pun x payah la mcm hadapppp sgt kat ex laki
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Laa dah cerai?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2023 08:21 AM | Show all posts
sedih anak2 klu mak ayah berpisah
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ni kena tinggal belakang?

Ye, mamat camni mmg elok diceraikan..bukan takat jalan je tinggalkan bini, lain2 hal pun pandai bini la nak setelkan. Kalau i jadi lily skrg ni buat fasa glowup, habis edah bukak tinder
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2023 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Sikit2 block sikit2 block medsos ni red flag ya
Wife nak perhatian
Laki buat tak tau
Lagi2 laki pun dh tuo kuasa nak melayan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.108192 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list