CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5795|Reply: 68

Budak 15 Tahun Baru Pulih Dari Kanser, Dibelasah Ramai-Ramai Kerana Cemburu

[Copy link]
Post time 15-8-2023 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Sekumpulan remaja membelasah remaja lelaki 15 tahun pada 9 Ogos lalu hanya kerana berkawan dengan teman wanita salah seorang suspek.


Video memaparkan kejadian itu yang tular di media sosial sejak semalam berjaya membongkar kejadian menimpa mangsa sebelum polis menahan tujuh suspek disyaki terbabit kes tersebut.




Foto: X




Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek utama tidak berpuas hati dengan mangsa yang dipercayai berkawan dengan teman wanitanya.


"olis mengesahkan kejadian itu selepas menerima laporan polis pada jam 4.09 petang semalam oleh mangsa yang mendakwa dia dipukul, ditendang, dipijak, disepak dan ditumbuk beberapa kali di perut, belakang badan, paha dan lengan kiri serta kanan.


"Suspek adalah enam remaja lelaki tempatan dan seorang remaja lelaki warga asing semuanya berusia antara 14 hingga 17 tahun.


"Kejadian dipercayai berlaku di tempat awam dekat kawasan Taman Bestari Indah di sini, jam 3 petang 9 Ogos lalu dan pengadu mengalami cedera lebam di bahagian lengan kiri dan kanan, bengkak di bahagian peha sebelah kanan dan mengalami kesakitan di keseluruhan tubuh badan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.


Beliau berkata, bertindak atas maklumat, antara jam 5.30 petang hingga 9.34 malam semalam, polis menyerbu enam lokasi berbeza di sekitar daerah ini.







"Hasil serbuan berjaya menahan enam suspek lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing.


"Kita turut membuat beberapa rampasan iaitu sehelai jersi warna biru, tiga helai t-shirt lengan panjang warna biru gelap, sehelai t-shirt lengan pendek warna hitam dan sebuah telefon bimbit," katanya.


Menurut Raub, tujuh suspek dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapatkan tempoh reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 kanun keseksaan.


Terdahulu, satu video tular di media sosial Facebook dimuat naik pemilik akaun Yatt Kasmuri berdurasi 59 saat yang memaparkan kejadian seorang remaja lelaki dipukul beberapa remaja lelaki lain di tempat awam.








Sementara itu, tinjauan mendapati satu hantaran di aplikasi X mendakwa mangsa yang dipercayai pelajar SMK Puteri Wangsa, Johor itu sudah lama dibuli selain dikatakan baru pulih dari penyakit kanser.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2023 11:28 AM | Show all posts
sumbat aje dlm lokap
jahanam punya budak2 air ingus pon melelh2 ada hati nak bedal anak org
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:44 AM | Show all posts
Allah baru baik kanser pulak tu.sumbat jelah bdk2 ni kecik2 tunjuk samseng.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka ko pn xseberapa dik… baik gi repair dr dok pukul org. Apa la nk jd zaman skrg ni.. gf tu on blum tentu nk kat ko abis skolah nnt
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 12:32 PM | Show all posts
dak2 skola lagi da ada sifat pedajal orang..kalau mati dak tu mesti mak pak korang bekap korang hbis2 habisan indenial cm kes dak2 upnm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah henry gurney memanggil manggil..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2023 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti tgh nangis dlm lokap...

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 02:23 PM | Show all posts
hukuman tu dah boleh ubah
banyak nau kes buli sekarang ni,
suka2 hati pukol anak orang

kasi sebat mandatori, at least kasi 5 libasan,
biar dia melalak sambil terberak kat situ kena libas sampai koyak kulit jubo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2023 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mendunia pulak warga jdt belakangan ni
kes pengkid dera anak tak settle lgi
masuk bab membuli pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 bwh umur skang jahat..bkn nakal ye..jahat...dh bleh unah akta utk dak bwh umur utk hukuman spy dewasa nnt x jd lg perosak dunia
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 02:34 PM | Show all posts
Mohon sumbat dlm jel yg sama dengan pengkid yg dera budak 7 tahun tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 02:34 PM | Show all posts
pakai baju kadet polis, dah sampai masa ada kadet penyangak pulak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 02:35 PM | Show all posts
Semoga dengan penangkapan ini memberi pengajaran yang berguna buat si pembuli
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak² mcm ni kena ajar cukup². Jgn lepaskan dgn sekadar permohonan maaf. Bg hukuman tegas supaya yg lain² tak berani nak membuli. Jatuh je hukuman rotan sorg sekali. Biar menggigil kepala lutut bila kulit bontot tu melelas kena libas. Dasar gangster takde telur. Berani pukul bila ramai² je.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 02:51 PM | Show all posts
Katanya 5 ekor dah kena cekup..Konfem cirit air semua...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 15-8-2023 02:28 PM
Mendunia pulak warga jdt belakangan ni
kes pengkid dera anak tak settle lgi
masuk bab membuli pulak. ...

kes pengkid tu kejadian je kt jdt
Omaknya orang kedah...pengkid org spore
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyirap je tgk perangai sekor2
Tolong la sumbat bebudak ni ke sek henry gurney dlm kadar segera

Ank sape la yg kena pukul tu kesian btul
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi sgt perangai . Boleh tak sumbat sekali mak bapak pembuli ni dlm penjara atau kat henry gurney? Bagi tazkirah sikit kat anak beranak. Baru rasa ada tanggungjawab sikit kut nak ajar anak2 jangan buli orang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Amik ja playar cabut kuku sorang2x...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2023 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru putik.jagung dah nak belasah Anak orang
Jilaka betul
Ni kena.gertak.sure nanges teresak2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.242634 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list