CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15646|Reply: 209

"RM3.2 Billion Masuk Dalam Akaun Najib Razak,"-Zeti

[Copy link]
Post time 14-8-2023 03:14 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Serbuan di AmBank (M) Berhad di Jalan Raja Chulan pada 6 Julai 2015 mendedahkan bahawa akaun-akaun peribadi  Datuk Seri Najib Razak menerima kemasukkan wang berjumlah RM3.2 bilion.


“Jumlah tersebut lebih tinggi daripada apa yang dikatakan olehnya (Najib) sebelum ini,” kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.


Zeti memberitahu, sehingga beliau bersara pada 30 April 2016, Najib tidak pernah bertanya mengenai transaksi-transaksi melibatkan akaun-akaun peribadinya.


Foto: Kosmo




Tambahnya, melalui serbuan tersebut, Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati bahawa AmBank menyembunyikan maklumat penting mengenai transaksi-transaksi membabitkan akaun Najib di bank berkenaan.


“Daripada menunjukkan bahawa transaksi dana dimasukkan ke dalam akaun Najib, Ambank melalui Sistem Transaksi Antarabangsa (ITIS) menyembunyikan beberapa peringkat transaksi dana yang menunjukkan bahawa wang dimasukkan ke dalam akaun bank dan bukannya akaun Najib,” kata wanita itu.


Perkara itu dinyatakan Zeti yang merupakan saksi pendakwaan ke-46 ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar dalam perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.




Beliau menjawab sedemikian ketika dirujuk kepada laporan berita Malaysiakini bertarikh 2 Julai 2018 di mana Najib mendakwa bahawa Zeti sedar mengenai wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun AmIslamic miliknya tetapi tidak menimbulkan sebarang persoalan.


Menurut Zeti, pada ketika itu, BNM dimaklumkan terdapat hanya satu akaun yang ditetapkan sebagai ‘MY’ dalam akaun Sistem Pemantauan Operasi Ringgit (ROMS), namun, selepas serbuan dibuat, BNM mengetahui bahawa Najib membuka tiga lagi akaun pada 2013.


Tambahnya, BNM hanya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana akaun sekiranya menerima laporan daripada bank komersial yang menguruskan akaun terbabit.


Ujarnya, sekiranya BNM mendapat maklumat terdapat transaksi yang tidak teratur atau mencurigakan, ia perlu memaklumkan kepada agensi penguatkuasaan iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.


BNM juga tidak dibenarkan memaklumkan perkara itu kepada pihak lain termasuk pemegang akaun.


Pada prosiding terdahulu, Zeti memberitahu menafikan bahawa beliau mengetahui mengenai kemasukan wang RM2.6 bilion seperti didakwa oleh bekas Ahli Parlimen Pekan itu.


“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang transaksi yang berlaku membabitkan akaunnya pada masa tersebut. Semua pemegang akaun di dalam sistem kewangan negara adalah dilindungi oleh peruntukan undang-undang membabitkan kerahsian,” katanya pada prosiding sebelum ini.


Pada prosiding bertarikh 27 Julai lalu, Zeti turut memaklumkan bahawa Najib pernah memanggilnya ke pejabat Perdana Menteri pada 3 Julai 2015.


Pada pertemuan itu, Najib telah meminta Zeti untuk mengeluarkan kenyataan bahawa bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak pernah membuat sebarang kesalahan berkaitan transaksi membabitkan akaunnya.-CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2023 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Air semen
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 03:24 PM | Show all posts
patutlah kau x tahu sebab kau makcik cleaner aje kat bank negara
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 03:25 PM | Show all posts
sampai mati lah marhaen ni tak merasa dlm akaun bank nak ada 3.2b
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Rakyat biasa kalau masuk duit lbh simit aje bank dah blok

Ni kan berbilion2.. pehh kayooo
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow..ni yg pemuja najib kata ni semua fitnah..kahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2023 04:09 PM | Show all posts
transfer 100k pun bank dah siasat....kemain pilih bulu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde sape2 yang nafikan duit masuk dalam akaun najib

Tapi yang jadi persoalan, najib  tahu ke duit yang masuk tu duit songlap?

Yang najib tahu, duit itu adalah duit derma pak arab

Acik2 mana la paham benda rumit camni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
https://vt.tiktok.com/ZSLbNy5yM/

Live tiktok untuk kes bossku di mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 04:14 PM | Show all posts
3.2 billion tu ... billionare.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape2 dalam live tu komen yer datang dari forum cari.. sambil2 promote forum gak
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 04:20 PM | Show all posts
untunglah dapat duit  tapi xtahu dari mana.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 04:34 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-8-2023 04:20 PM
untunglah dapat duit  tapi xtahu dari mana.

ape pulak tak tahu dari mana?
yang najib tahu, duit tu dari pak arab



Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 14-8-2023 04:08 PM
Wow..ni yg pemuja najib kata ni semua fitnah..kahkah

Bangkem tak tido mlm tadi dok bekap jibby...fitnohhh katanya...suruh tunjuk bukti celah mana jibby sakau duit ..sampai subuh dia meroyan..kehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 04:47 PM | Show all posts
nw111 replied at 14-8-2023 04:45 PM
Bangkem tak tido mlm tadi dok bekap jibby...fitnohhh katanya...suruh tunjuk bukti celah mana jibby ...

sambil dia puja bekap jibby, sambil kapal tenggelam bergayut pada roket.jadi khadam roket
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 14-8-2023 04:12 PM
Takde sape2 yang nafikan duit masuk dalam akaun najib

Tapi yang jadi persoalan, najib  tahu ke duit ...

Pekat sgt bangkem...spin selagi boleh...tak tau pulokkkkk duit masuk acc....ekekekek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2023 04:48 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 14-8-2023 04:49 PM
kemaruk replied at 14-8-2023 04:12 PM
Takde sape2 yang nafikan duit masuk dalam akaun najib

Tapi yang jadi persoalan, najib  tahu ke duit ...

cukai LHDN Bijan dah bayar lom?


Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
bagi kat rakyat sorang 10k pon tak habis kan..sobs
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 04:49 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 14-8-2023 04:52 PM
nw111 replied at 14-8-2023 04:45 PM
Bangkem tak tido mlm tadi dok bekap jibby...fitnohhh katanya...suruh tunjuk bukti celah mana jibby ...

kita tunggu kes sakauan Abahcow Penjana laks..
ratusan juta or billion mungkin

itu baru 2 tahun Piyem..

kalo mcm Bijam 2 penggal Piyem..

mau Abahcow sakau puluhan billion



Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 14-8-2023 04:47 PM
sambil dia puja bekap jibby, sambil kapal tenggelam bergayut pada roket.jadi khadam roket

Senang nk lari pegi pluto bila dh berbaik dgn roket ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.045900 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list