CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1638|Reply: 0

Pengundi Muda Tak Keluar Mengundi Anggap PRN Tak Penting Macam PRU

[Copy link]
Post time 14-8-2023 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pengundi muda dilihat bersikap 'rebel' apabila cenderung untuk tidak keluar mengundi dan memilih parti lawan kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu lalu.


Tindakan itu sekali gus menjadi penentu corak pengundian golongan berkenaan dan peratusan keluar mengundi yang rendah.


Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata, keputusan PRN turut ditentukan oleh undi anak muda kerana jumlah pengundi sudah bertambah membabitkan kalangan usia 18 tahun.


Gambar hiasan. Sumber Kosmo! Online




"Namun peratusan keluar mengundi yang rendah disebabkan terdapat kalangan mereka malas untuk keluar mengundi. Mereka hanya suka waktu kempen tapi pada hari pengundian tidak keluar memilih.


"Ini kerana ada kalangan mereka beranggapan PRN tidak penting berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) yang menentukan siapakah akan jadi kerajaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Media sebelum ini melaporkan peratusan keluar mengundi bagi PRN di enam negeri itu mencatatkan hanya sekitar 70 peratus dengan Terengganu paling tinggi iaitu 75.79 peratus diikuti Kedah 73.86 peratus, Pulau Pinang (72.67 peratus).


Selain itu, Selangor (72 peratus), Negeri Sembilan (68.35 peratus) dan Kelantan (60.96 peratus).


Mengulas lanjut, Dr Salawati berkata, kekalahan blok gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) juga isyarat jelas penolakan rakyat termasuk golongan muda terhadap Kerajaan Perpaduan itu.


PH hanya menang 80 kerusi, manakala BN 19 daripada 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) berbanding Perikatan Nasional (PN) meraih kemenangan besar dengan 146 kerusi.


"enolakan rakyat termasuk golongan muda jelas apabila kita lihat berlaku penguasaan pembangkang di kebanyakan kawasan. Kerajaan perlu meyakinkan rakyat terutama Melayu dalam soal ekonomi dan agama Islam.


"Selagi mana kerajaan tidak mengambil tindakan memelihara perkara itu, penolakan demi penolakan akan terus berlaku," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.097937 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list