View: 1589|Reply: 0
|
Najib Mohon Hakim Sequerah Tarik Diri Dengar Kes 1MDB
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memfailkan permohonan supaya Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.
Di awal prosiding hari ini, peguam belanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan mendapat mendapat arahan daripada anak guamnya (Najib) untuk memfailkan permohonan berkenaan.
Muhammad Shafee berkata, pihaknya memfailkan permohonan itu pagi ini dan Najib turut mengikrarkan afidavit sokongan bagi menyokong permohonan berkenaan.
Katanya, permohonan dibuat susulan pendedahan Sequerah bulan lalu bahawa beliau dan bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan, pernah menjadi rakan kongsi di firma guaman sama sebelum ini.
"Dalam keadaan Yang Arif membenarkan permohonan kami ini (supaya Sequerah menarik diri), kami memohon supaya keseluruhan perbicaraan ini dibatalkan dan tertuduh dibebaskan daripada tuduhan.
"Secara alternatif, pilihan kedua ialah supaya perbicaraan ini didengar oleh hakim baharu dan pilihan ketiga, supaya perbicaraan bersambung dan diteruskan oleh hakim mahkamah tinggi baharu," katanya.
Sementara itu Sequerah mengingatkan supaya orang awam tidak dibenarkan berbincang mengenai perkara itu secara terbuka dan menetapkan pada 17 Ogos ini untuk mendengar permohonan berkenaan.
Ia susulan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.
Dalam prosiding pada 26 Julai lalu, Sequerah sendiri mendedahkan bahawa Jasmine pernah menjadi rakan kongsi (di firma Zain & Co), ketika beliau menjadi peguam 10 hingga 15 tahun lalu.
Isu itu dibangkitkan apabila Muhammad Shafee ingin mendapat pengesahan sama ada Jasmine akan dipanggil sebagai saksi pendakwaan.
Jasmine dikatakan salah seorang sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang turut terbabit dalam skandal kewangan 1MDB, dan disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki.
Bloomberg sebelum ini melaporkan, penyiasat Switzerland yang menjalankan siasatan jenayah berhubung skandal 1MDB, Jasmine berkaitan pemindahan AS$700 juta yang didakwa dilakukan secara haram.
Prosiding bersambung dengan mendengar keterangan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|