View: 8453|Reply: 85
|
Awal Ashaari Dan Scha Alyahya Tak Ada Rancangan Nak Tambah Anak, Risau Terbeban Dengan Kos Nak Besarkan
[Copy link]
|
|
Awal Ashaari tak ada rancangan nak dapatkan anak lelaki.
Katanya tugas membesarkan dua orang anak perempuan buat masa ini sudah dianggap mencabar dan memerlukan komitmen tinggi daripada segi masa dan juga kos.
Foto: IG
“Untuk menambah bilangan cahaya mata, saya ada bercakap dengan isteri (Scha Alyahya), cukuplah (dua orang anak).
“Ketika anak masih kecil, memang seronok melayan. Tapi apabila mereka semakin membesar, ada satu tanggungjawab yang perlu kita lakukan dengan sempurna.
“Sebagai ibu bapa, kami perlu menyediakan yang terbaik untuk anak-anak selain perlu memastikan kesihatan mental mereka terjaga. Sebab saya dan isteri memang sibuk. Keluar pagi, balik malam,” katanya kepada Kosmo! Online.
Bekas pengacara program One In A Million itu juga bimbang tidak dapat memberikan perhatian sempurna jika dikurniakan anak yang ramai.
Pun begitu, Awal tidak menolak seandainya suatu hari nanti, mereka diberikan rezeki untuk menimang zuriat ketiga pada masa akan datang.
“Saya takut kalau ada anak ramai, jadi tidak terjaga. Buat masa sekarang dua anak sudah pun membuatkan saya dan Scha gembira. Tapi kalau ada rezeki, kami tidak menolaknya (anak ketiga),” katanya.
Disoal tentang cabaran membesarkan dua anaknya, Awal mengakui kos untuk memberikan yang terbaik kepada dua puterinya itu memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
“Sebagai bapa, sudah tentu saya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak terutama pendidikan. Macam Lara, saya hantar dia ke kelas itu dan ini.
“Jadi bila difikirkan balik, lagi ramai anak, lagi besar tanggungjawab kami nanti terutama daripada segi pelaburan (kos).
“Kos membesarkan anak pun sudah cukup tinggi. Tapi mungkin sebab pilihan kami sendiri juga yang mahu berikan terbaik buat mereka,” ujar Awal.
Tambah Awal, dia mahu memastikan anak-anaknya membesar dengan memiliki lebih daripada satu kemahiran walaupun mengakui kasihan melihat anaknya perlu menghadiri pelbagai jenis kelas tambahan.
“Kasihan juga sebab pada usia masih kecil, Lara sudah sibuk dihantar ke pelbagai kelas. Saya tidak nafikan sebenarnya saya sendiri takut anak-anak akan ketinggalan.
“Tapi bila difikirkan semula, bagus juga sebab apabila mereka besar nanti, mereka akan memiliki pelbagai kemahiran berguna,” jelasnya.
Awal mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan model, Scha Alyahya pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dan dikurniakan dua orang anak iaitu Lara Alana, 9, dan Lyla Amina. 2. – CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Respek. Sangat bertanggungjawab sebagai ibu bapa nak bagi yang terbaik dari segi pendidikan dan kehidupan. Mereka2 yg mana beranak setahun 1 lepastu tak mampu itu ini mintak bantuan sana sini nak besarkan anak2 mohon tersentap |
|
|
|
|
|
|
|
i like the way Scha and Awal beri keutamaan untuk their kids' education. and totally respect their statement yang anak-anak tak saja memerlukan kos yang tinggi, but also tenaga dan masa. |
|
|
|
|
|
|
|
sama je muka 2 beradik...comel... |
|
|
|
|
|
|
|
meols tak fan diorang berdua ni, tapi meols suka tengok lifestyle diorang, macamana diorg besarkan anak2 macam tak berlebihan, social media pun biasa2 je, tapi nampak la classy, tak payah tag2 brand mewah, diorg sendiri jadi muse / ambassador brand...event pun classy, anak tak lorattt nau macam anak retis lain.. kira bijak2 la diorg ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Dinner beef bbq tu looked nice. I wonder dkt mana tempatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Btol .2 kids is more than enuf... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah rezeki anak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Nape kaka tgk muka dik lara allana ni mcm muka pelakon qistina raisyah mse kecik2 ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang la takde perancangan nak anak laki, awalina pun dah memang sedia feminin apalagi bila mulut puaka macam makciks , kalah acik porem . |
|
|
|
|
|
|
|
Iolss sokong abang awal .. skrg nk besarkan anak semua mahal even iolss dok ceruk kampung terasa sgt mahal nya |
|
|
|
|
|
|
|
Dpt ke acik pakcik FB mau nya kene kutuk. Katanya rezeki Allah tentukan. Tak perlu merancang. |
|
|
|
|
|
|
|
For me dua anak dah cukup. Kawan2 meolls pun ramai ja anak sorang, dua ja. Tapi semua complete la. Sekolah, tuition, swimming class ke, i seronok tgk kawan2 i besarkan anak2 diorang mcm tu. Pikih kualiti dr kuantiti kekdahnya.
Mcm i setuju ja dgn apa shawal ckp ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang kaya ni pon pikir tambah anak atau ada anak yg ramai bnyk tanggungjawab. Bukan pada duit saja, tapi pada seluruh kehidupan & pembesaran anak2 tu. Yg miskin harapkan bantuan rahmah, berderet anak dgn alasan anak2 tu rezeki. Tapi sendiri sebagai parents tak provide yg terbaik utk anak2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 drg ni cute dan sopan. Ckp pun proper and living life as kids. Bagus cara schawal ni besarkan anak2. And i also love how awal treats them..comel je daddy daughters relationship |
|
|
|
|
|
|
|
orka pun berkira2 nak tambah anak..hmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
I like Awal , cara berfikir dan berkata2. Maksudnya bukan muktamad tidak mahu ada anak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Ayda89 replied at 14-8-2023 10:24 AM
Respek. Sangat bertanggungjawab sebagai ibu bapa nak bagi yang terbaik dari segi pendidikan dan kehi ...
Becxah ke...
Ramai betullah anak dia .
Eee merenyut.
Selisih. |
|
|
|
|
|
|
|
Lily_Elizabeth_ replied at 14-8-2023 03:16 PM
Becxah ke...
Ramai betullah anak dia .
Bukan tuju dekat dia. Tapi dekat marhein2 yg keja menambah anak bederet tanpa rasa bersalah nak bagi anak makan & pendidikan yg berkualiti pun tak mampu |
|
|
|
|
|
|
| |
|