CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2593|Reply: 8

[Politik] 'Peratus keluar mengundi PRN rendah boleh dielak jika disekali dengan PRU15'

[Copy link]
Post time 14-8-2023 08:30 AM | Show all posts |Read mode
'Peratus keluar mengundi PRN rendah boleh dielak jika disekali dengan PRU15'


NURUL IZZAH: Jangan lupa, pertarungan akan tiba lagi nanti, maka usaha memenangi hati dan mendengar denyut jantung rakyat berjalan terus. - Gambar fail


SHAH ALAM: Peratusan keluar mengundi yang rendah pada pilihan raya negeri (PRN) boleh dielak jika diadakan bersekali dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November tahun lalu.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengakui hakikat Pas telah berjaya menusuk kalbu anak-anak muda.
“Saya akui sendiri terkhilaf kerana tidak mahukan PRN diadakan bersama dengan PRU.

“Ternyata, melaksanakan kedua-duanya bersekali mampu menghasilkan momentum yang perlu bagi meraih peratus keluar mengundi yang maksimum,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya pada Ahad.

Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menang di tiga negeri dan menjadi pembangkang (kecuali di negeri Terengganu) di tiga lagi.

“Secara khususnya, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Permatang Pauh dan juga Kepala Batas masih status quo seperti PRU lepas.

“Selang masa beberapa bulan, diganding faktor makro ekonomi serta psikologi semasa belum sempat menghakis sentimen gelombang hijau sedia ada," katanya.

Tambahnya, fokus berkempen sewaktu PRN telah merampas masa Kerajaan Perpaduan daripada proses pelaksanaan perancangan Ekonomi Madani; Pelan Transisi Tenaga Kebangsaan; Inisiatif Gaji Progresif serta Perancangan Industri Kebangsaan (akhir Ogos) yang penting dalam membangunkan ekonomi negara.

“Saya menyertai korus desakan agar agensi komunikasi kerajaan diperkukuh supaya inisiatif, kejayaan dan usaha murni Kerajaan Perpaduan sampai terus kepada rakyat.

  


“Kita seolah-olah masih dalam kerangka minda pasungan pandemik apabila pengundi memperlihat kecemasan ekonomi dan kos sara hidup secara konsisten dan berterusan walaupun statistik menunjukkan penurunan inflasi ekonomi.

“Jangan lupa, pertarungan akan tiba lagi nanti, maka usaha memenangi hati dan mendengar denyut jantung rakyat berjalan terus,” ujarnya.
Justeru beliau mengucapkan terima kasih jua buat semua yang menawarkan khidmat sebagai sukarelawan sepanjang kempen berlangsung. - Sinar Harian

Sumber:https://www.astroawani.com/berit ... dengan-pru15-432726

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2023 08:37 AM | Show all posts
Hak membubarkan DUN terletak pada kerajaan negeri. Kerajaan pusat tidak boleh masuk campur
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 14-8-2023 08:59 AM

skrg ni dh berbeza ngn 2018 dulu, masa tu Pas sorang2 n sendu je sbb tak gabung ngn sapa2 jd kerusi pun menang satu je kat selangor.
Masa pas ngn PH je ada menang kerusi lebih.
Mcm calon tmpt iols dulu penah menang dh masa dia ngn PH pastu kalah balik lepas kuar PH skrg menang balik kusi sama lepas join PN.

Kelebihan dapat kat PN bila buat PRN asing sbb dorang bkn gomen yg tgh memerintah.
Rakyat biasanya akan side pembangkang setiap kali pilihanraya mcm dulu2 la masa PH jd pembangkang n umno jd gomen tu.



Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 08:49 AM | Show all posts
Suchi replied at 14-8-2023 08:48 AM
Masa tu tetiba pak mael umumkan nk bubarkan kabinet tp set pembangkang acah2 tanak pru sbb tak sesua ...

pahang, perak, perlis
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Awat deme dok kata gelombang ijo sedangkan yg deme kaler2 tu kaler biru?

Dan awat minah ijjah ni tak sedar org beralih pilihan sbb hat deme2 tu masih tak selesaikan masalah ekonomi? Minah ijjah ni akhirnya dpt jawatan apa drp papa? Aritu nak jadi penasihat ekonomi tak dpt, kan? Now jadi apa yach?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 08:59 AM | Show all posts
“Saya akui sendiri terkhilaf kerana tidak mahukan PRN diadakan bersama dengan PRU."

oooo bila dah kalah baru ngaku terkhilaf..

lepas ko dah rugikan duit rakyat sebab nak buat undian asing2.. kos petugas, kos kempen, kos pengundi balik kampung etc

orang macam ni la jadi pujaan acik2 malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2023 09:03 AM | Show all posts
Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnya. Entah macamana, di tengah perjalanannya tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke benda yang dia jumpa tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik."

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,
"Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2023 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa nak vote lagi untuk party Public Holiday PH bila ada party Productivity National PN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2023 09:26 AM | Show all posts
Salah UMNO... paham2 ala siapa Ketua nya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.150521 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list