CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5329|Reply: 0

[Sabah] 609 PTI warga Filipina diusir pulang ke negara asal

[Copy link]
Post time 14-8-2023 12:24 AM | Show all posts |Read mode


USIR: Sebahagian PTI yang diusir ke negara asal melalui jalan laut.

KOTA KINABALU: Seramai 609 pendatang tanpa izin (PTI) warganegara Filipina diusir ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan PTI Siri 17 melalui Pelabuhan Sandakan.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata kemua PTI berkenaan sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Sandakan, Kota Kinabalu dan Papar kemudian dihantar ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina menggunakan pengangkutan laut.

“Kesemua yang dipindahkan adalah 609 lelaki dan enam wanita dengan jumlah tahanan dewasa membabitkan purata umur 16 hingga 59 tahun dan tiada kanak-kanak terbabit.

"Semua tahanan pada kali ini diusir melalui laut dengan menggunakan pengangkutan Feri MV Antonia 1," katanya dalam kenyataan media di sini.

SH Sitti Saleha berkata, setakat 10 Ogos 2023, seramai 5,506 tahanan dipindahkan ke negara asal membabitkan pengangkutan laut dan udara.

Katanya, semua PTI ini ditahan di Depot Imigresen selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan–Peraturan Imigresen 1963.

“Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara ini.

"Oleh itu, semua warga asing diingatkan supaya memastikan mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja dibenarkan untuk bekerja di Sabah.

"Semua agensi penguatkuasaan di Sabah akan sentiasa mengambil tindakan tegas kepada pihak yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara," katanya.

SH Sitti Saleha berkata, operasi pemindahan ini adalah sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan oleh JIM Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di Sabah.

"JIM Sabah ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam operasi pengusiran ini khususnya Kerajaan Negeri Sabah dan pihak Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan," katanya.

Beliau berkata, JIM Sabah akan terus komited melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan PTI.

"Ia dijalankan selepas semua PTI melalui tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara serta mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal masing-masing," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.428587 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list