CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5446|Reply: 0

[Sabah] Ceramah Ustaz Abdul Somad diadakan 2-3 September depan

[Copy link]
Post time 14-8-2023 12:21 AM | Show all posts |Read mode


CERAMAH: Nizam (Tengah) menunjukkan poster Program Tawau Berselawat berkenaan dalam sidang medianya.

TAWAU: Program Tawau Berselawat Bersama Professor Dr Ustaz Abdul Somad di daerah ini yang dijadualkan pada 2 dan 3 September depan dijangka mampu menarik kehadiran ramai pengunjung termasuk dari negara jiran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, program berkenaan dianjurkan pihaknya bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

Katanya, majlis ilmu itu turut berkolaboratif dengan Masjid Al-Kauthar Tawau, Masjid Raya Tawau, Sahabat UAS Brunei Darul Salam dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain di daerah ini.

“Program dimulakan pada 2 September dengan ceramah perdana yang diadakan di Masjid Al-Kauthar bermula jam 8 malam.

“Pada keesokan harinya, 3 September diadakan kuliah subuh pada jam 5 pagi yang berlangsung di Masjid Raya Tawau,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya, Abdul Somad yang merupakan penceramah tersohor dari negara Indonesia mempunyai jutaan pengikut di media sosial dan beliau adalah pendakwah disenangi ramai di seluruh nusantara.

“Masyarakat Tawau sangat bertuah apabila beliau sudi berkunjung ke daerah ini buat pertama kalinya kerana kita sedia maklum, jadualnya sangat padat di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Kita menjangkakan, majlis ini turut dihadir penduduk daripada Lahad Datu, Kunak, Semporna, Kalabakan dan negara jiran berdekatan,” katanya.

Nizam berharap semua masyarakat Tawau dan sekitarnya khususnya umat Islam dapat hadir beramai-ramai mendengar secara langsung ceramah yang disampaikan oleh Abdul Somad.

“Saya berharap, Tawau terus subur dengan majlis-majlis ilmu supaya masyarakat di daerah ini lebih celik ilmu agama,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.051194 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list