View: 2952|Reply: 5
|
'Rakyat Malaysia Perlu Bertenang, Terima Siapa Yang Menang'-Jamal Abdillah
[Copy link]
|
|
Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 64, mengharapkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) disambut dengan baik oleh semua pihak.
Jamal berkata, setiap rakyat juga perlu berlapang dada dan memberi sokongan sepenuhnya kepada setiap wakil rakyat yang menjadi pilihan ramai.
"Alhamdulillah, saya berpeluang pergi mengundi kali ini. Sebelum itu, saya ada acara, majlis perkahwinan seorang anak kenamaan.
"Saya lihat tak ramai pengundi ketika tiba di tempat pengundian di Subang Jaya. Namun, saya dapat lihat ramai kaum Cina turun mengundi.
"Walau apapun, harapan saya apa sahaja keputusan, kita sebagai rakyat Malaysia perlu bertenang dan terima siapa sahaja yang menang.
"Kita tetap perlu meneruskan kehidupan, janganlah sesama kita bergaduh dan melakukan rusuhan. Pada masa sama, kita juga perlu meningkatkan potensi diri untuk kejayaan peribadi dan keluarga," katanya kepada BH Online.
Penyanyi lagu Azura itu menasihatkan, sebagai rakyat yang bertanggungjawab janganlah menyimpan perasaan cemburu kerana memerlukan antara satu sama lain untuk melangkah ke hadapan.
"Mengenai pilihan, itu rahsia, tetapi pandangan secara umumnya, saya sebagai rakyat Malaysia sedar negara kita dibangunkan pelbagai bangsa. Mereka semua makhluk Allah dan sekiranya membenci mereka bermakna membenci Allah.
"Apa yang saya tak suka adalah ideologi mereka. Jadi, kita bawalah bertenang dan selepas habis PRN, bangunkan kembali apa yang diperlukan. Kita semua memerlukan antara satu sama lain.
"Yang ada perasaan tak puas hati bila kita ketinggalan. Ada kalanya kita sendiri yang malas. Kita jangan cemburu tak tentu hala, mereka berusaha dan kita pun berusaha membangunkan diri kita," katanya.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Cina memang akan turun mengundi. Diorang akan guna hak memilih diorang tu utk pilih calon yang akan serve diorang. Yang malas mengundi ni banyak Melayu. Dia yg tak gunakan hak dia, pastu hanya bising2 bila ada isu. |
|
|
|
|
|
|
|
miss_perfect replied at 13-8-2023 09:18 AM
Orang Cina memang akan turun mengundi. Diorang akan guna hak memilih diorang tu utk pilih calon yang ...
Ni betul. Dorg mmg turun mengundi. Kebanyakan org kita ni bila prn or prk mcm ambil enteng je. Kalo pru ye baru nmpk semangat nak balik. |
|
|
|
|
|
|
|
malaysia ni dok berpolitik je 24 jam...
dok pongpang cina itu ini...
ujong2 yg tak hormat soltan mulayu juaaaa...
apa yang takot betol dgn cina ntahler |
|
|
|
|
|
|
|
uish tok mal p mengundi pakai suit, tak panas ke tok mal??? |
|
|
|
|
|
|
|
Aik jd 64 plk. Kat mana iols baca hari tu dia 70. Camne jd 64 plk. Mesti iols dh salah baca |
|
|
|
|
|
|
| |
|