CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2089|Reply: 0

Kanak-Kanak 8 Tahun Lemas Dalam Paya

[Copy link]
Post time 12-8-2023 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Bukit Mertajam: Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika ditemui dalam kawasan paya berhampiran sebuah kondominium di Jalan Baru, di sini, lewat petang tadi.


Terdahulu, mangsa yang juga etnik Rohingya berusia lapan tahun dipercayai bermain di kawasan itu sebelum ditemui lemas.


Lokasi mangsa ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia. - Foto ihsan Bomba




Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 7 malam bagi operasi menyelamat mangsa.


"Orang awam membawa mangsa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dalam usaha menyelamatkannya.


"Namun, kita mendapat panggilan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan yang dikemaskini menerusi laman WhatsApp agensi itu, hari ini.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.054231 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list