CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2212|Reply: 3

Trauma Kena Serang, Kamal Adli Dah Tak Aktif Di Media Sosial

[Copy link]
Post time 11-8-2023 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Sejak diserang lelaki tidak dikenali di Singapura, Kamal Adli masih berada dalam keadaan trauma termasuk berkongsi kehidupan peribadinya di laman sosial.


Selain trauma dia juga bimbang sekiranya perkongsian itu membuatkan ada pihak berasa tidak puas hati terhadapnya dan insiden sama berulang.


Foto: IG




"Selepas kejadian itu saya tiba-tiba jadi takut berdepan media sosial... Nak dapatkan balik 'mood' untuk berkongsi sesuatu mengambil masa sebab insiden itu beri kesan besar pada saya.


"Sampaikan kadang-kadang saya bertanya apa salah saya, saya tak kacau orang. Jadi saya belajar untuk lebih berhati-hati dan kurangkan perkongsian di media sosial," katanya kepada mStar


Kamal berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media drama bersiri B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit yang diadakan pada Khamis.


Dalam pada itu, suami kepada aktres Uqasha Senrose ini bagaimanapun meluahkan rasa syukur terselamat daripada kejadian itu dan diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan.


Kata Kamal, insiden itu juga membuatkan dia mahu menjadi insan lebih sempurna berbanding sebelumnya.


"Saya bersyukur sangat sebab masih ada peluang bersama keluarga, isteri dan meneruskan pekerjaan seperti biasa.


"Sebelum ini, saya bukanlah jahat sangat orangnya tapi saya akan jadi lebih baik selepas insiden itu," luahnya.


Berkongsi perkembangan kes yang sedang dibicarakan di mahkamah Singapura, Kamal berkata, dia hanya mengikuti perkembangan berdasarkan laporan berita di negara tersebut.


"Sekarang saya cuma tunggu dan baca artikel-artikel dari Singapura mengenai kes ini. Buat masa ini, memang tiada pihak polis menghubungi memaklumkan perkembangan kes.


"Cuma saya tertanya-tanya juga kenapa dia serang dan ketuk kepala saya," katanya.


Pada 12 Mac lalu, Kamal diserang individu tidak dikenali menggunakan cota ketika menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang diadakan di Singapura Expo, Singapura.


Dalam kejadian itu, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun.


Pada 14 Mac, suspek didakwa di mahkamah Singapura atas pertuduhan terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.


Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan dan mana-mana gabungan hukuman itu. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bilakah mahu setel
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi sebulan lebih lepas tu, elok pulak dia menari ramai2 dgn family masa raya puasa tu(tapi bukan dia la yg upload)..kot rakam awal ke taktau lah kan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 01:53 AM | Show all posts
Next time kena lebih berhati2… risiko jd org terkenal ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.162296 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list