CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2352|Reply: 4

Single Baru Ditujukan Untuk Farid Kamil? Lagu Dah Peram Lama, Bukan Gaya Diana Danielle Guna Hal Peribadi...

[Copy link]
Post time 11-8-2023 09:19 AM | Show all posts |Read mode
Lama diperam selepas dirakam pada awal tahun lepas, namun baru tujuh hari lalu single terbaharu Diana Danielle dilancarkan sehingga ada yang mendakwa ia ditujukan kepada aktor Farid Kamil.


Justeru, aktres berkenaan menafikan Bersama Dengan Rindu ditujukan buat bekas suaminya itu.




  



Diana berkata, lagu tersebut merupakan salah satu lagu yang ada dalam senarai single yang bakal dilancarkan pada masa akan datang.


“Tidak, bukan cara saya untuk guna hal peribadi untuk hal seperti ini. Lagu tersebut dirakam pada awal tahun lepas. Namun, disebabkan beberapa hal, ia dilancarkan pada tahun ini kerana sudah lama disimpan.



“Klip video untuk lagu berkenaan juga disiapkan pada Januari tahun ini. Jadi, dia tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku sekarang.


“Saya bakal muncul dengan lagu-lagu lain pada masa akan datang. Saya bukan mahu ambil kesempatan, tetapi saya kena teruskan kerjaya,” katanya kepada Gempak.




IG




Diana berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor selepas diceraikan talak satu oleh Farid semalam.


Ditanya mengenai apa yang bakal dilakukan selepas ini dan hubungannya dengan Farid, Diana menjawab: “Saya sekarang dalam idah dan saya perlu fokus. Saya masih ada tanggungjawab untuk jaga anak-anak, begitu juga dengan ayah mereka. Kami sama-sama akan cari momentum yang baharu.


“Soal hubungan saya dengan Farid selepas ini, kami akan selesaikan. Macam mana hubungan kita, macam mana kita nak hadapi bab yang baharu. Saya nak yang baik-baik sahaja,” tuturnya.


Diana turut menyimpulkan usia perkahwinannya bersama Farid yang hanya bertahan selama 11 tahun memberi banyak makna dalam kehidupan.


“Saya bersyukur, sebab banyak benda baik-baik yang saya belajar. Saya belajar untuk jadi matang, menjadi seorang ibu dan juga seorang isteri. Banyak sangat pelajaran. Tak semestinya pengakhiran saya ambil negatif sahaja. Saya ambil positif. Saya doakan kami dapat mulakan hidup baharu yang lebih baik selepas ini,” tutup Diana.


Diana bercerai talak satu Farid kira-kira pukul 3.22 petang semalam. Lafaz cerai dilafazkan Farid di hadapan Hakim Syarie Syukran Yusof, menerusi Google Meet memandangkan pelakon filem Anwar itu tidak menghadirkan diri ke mahkamah akibat jangkitan COVID-19.


Kontroversi rumah tangga pasangan ini timbul selepas Diana memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu.


Menerusi laporan media, alasan Diana mahu bercerai disebabkan tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.


Bagaimanapun, Farid dilaporkan enggan melafazkan cerai terhadap isterinya. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).


Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 10:01 AM | Show all posts
haritu dia pernah nyanyi dalam movie magica dengan mawi kan..kalau ya, hurmmmmm..flat sangat suaranya.. xde alunan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
lagu tu sedap jgk dgr
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 04:41 PM | Show all posts
dorg ni la kot pencetus edisi kalkulator kan

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 04:53 PM | Show all posts
x semua pelakon blh jadi penyanyi
hauk sgt kdg
teringat dukun pernah jadi penyanyi
eh pelik dengar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.047969 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list