CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1838|Reply: 0

Aceh larang lelaki, wanita dalam kenderaan awam

[Copy link]
Post time 11-8-2023 09:16 AM | Show all posts |Read mode

Jualan sempena sambutan kemerdekaan ke-78 Indonesia di Banda Aceh. - Foto AFP


BANDA ACEH: Pihak berkuasa di Aceh mengarahkan lelaki dan wanita yang tiada hubungan perkahwinan diasingkan dalam kenderaan dan tempat awam, sebagai usaha untuk memperketat undang-undang Islam.

Arahan itu terkandung dalam pekeliling yang dikeluarkan minggu lalu.

Aceh satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam.

"Pihak berkuasa memberitahu penjawat awam dan orang awam yang berlainan jantina dan tidak mempunyai hubungan kekeluargaan agar jangan berkumpul di tempat awam, tempat sunyi serta dalam kenderaan," menurut pekeliling itu.

Jurucakap kerajaan Acheh, Muhammad MTA, berkata pekeliling itu dikeluarkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk membentuk generasi yang setia berpegang kepada nilai Islam dam kehidupan seharian mereka.



"Generasi Aceh bukan sahaja mampu bersaing di peringkat global tetapi juga mampu mengekalkan Islam yang disepadukan dalam adat, budaya dan kehidupan seharian masyarakat Aceh," katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata, perintah baharu itu langkah pencegahan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan ulama.

Bagaimanapun hukuman jika melanggar perintah itu tidak jelas.

Walaupun meraih kritikan meluas, sebatan di hadapan khlayak ialah hukuman biasa bagi pelbagai kesalahan di wilayah itu, termasuk terbabit perjudian, pengambil alkohol dan hubungan luar nikah.

Dianggap kubu kuat Islam di Indonesia, Aceh dberikan hak untuk melaksanakan undang-undang syariah di bawah autonomi secara meluas oleh Jakarta pada 2001.

Langkah itu sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekang sentimen pemisah.

Khalwat atau bersekedudukan juga boleh dihukum mengikut undang-undang agama Acheh.

Indonesia mengiktiraf enam agama utama dan menyokong versi Islam yang bertoleransi. - AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.147419 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list