CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2067|Reply: 0

Kessie sertai Al-Ahli dari Barcelona

[Copy link]
Post time 10-8-2023 10:36 AM | Show all posts |Read mode

Franck Kessie menyarung jubah dan mafla kelab Al-Ahli sebaik tiba untuk menandatangani kontrak di Jeddah awal pagi tadi. – Foto Twitter Al-Ahli Saudi Club

JEDDAH: Pemain tengah Barcelona, Franck Kessie menyertai kelab Liga Pro Saudi, Al-Ahli dengan kontrak selama tiga tahun, umum kelab La Liga Sepanyol itu awal pagi tadi.

Al-Ahli membayar 12.5 juta euro (RM62.7 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 26 tahun itu, yang menyertai Barca dari AC Milan pada tahun 2022.

Bagaimanapun pemain tengah Ivory Coast itu bergelut untuk meraih tempat dalam kesebelasan utama skuad kendalian Xavi Hernandez.

Al-Ahli melantik Matthias Jaissle sebagai pengurus dengan kontrak tiga tahun selepas Red Bull Salzburg memecat jurulatih warga Jerman itu.

Kessie menjadi pemain berpangkalan di Eropah kelima menyertai Al-Ahli, yang kembali ke liga profesional selepas semusim beraksi di divisyen dua, susulan kehadiran Riyad Mahrez, Roberto Firmino, penjaga gol Edouard Mendy dan Alain Saint-Maximin.

Al-Ahli memulakan kempen Liga Pro Saudi bertemu Al-Hazm di gelanggang sendiri awal pagi Sabtu ini.

Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi mengumumkan pelaburan kelab sukan dan projek penswastaan membabitkan juara liga Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr dan Al-Hilal.

PIF memiliki 75 peratus pegangan dalam setiap emapt kelab itu, manakala yayasan bukan keuntungan kelab itu memegang baki 25 peratus. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... ahli-dari-barcelona
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.128992 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list