CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3199|Reply: 21

"Kami Mahu Perkahwinan Ini Berjalan Mudah, Kalau Ada Cahaya Mata, Adalah,"-Shila Dan Ubai

[Copy link]
Post time 10-8-2023 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Shila Amzah, kata perkahwinan kedua bersama  Ubai Mz, 25, ibarat melangkah ke satu lembaran baharu dalam hidupnya.


Shila memaklumkan enggan membawa sebarang kenangan dari perkahwinan pertama dan mahu terus menjalani kehidupan baharu bersama Ubai.


Foto: IG




“Tiada apa yang saya bawa dari perkahwinan pertama, semua telah saya lupakan. Saya percaya, perkahwinan ini adalah lembaran baharu untuk saya dan Ubai.


“Kehidupan kami (selepas ini) ibarat melangkah ke fasa baharu. Kami berjanji agar jadi pasangan terbaik untuk satu dengan lain.


“Perjalanan kami, liku yang telah kami tempuh, bukan mudah. Itu sahaja cukup memberi motivasi dan mengingatkan kami kepada apa yang kami rancang,” katanya.




  



Shila dan Ubai disatukan dalam majlis pernikahan serba sederhana yang dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat.


Kedua mempelai enggan berlebih-lebihan menyambut hari bahagia mereka lebih-lebih lagi dalam keadaan Ubai yang baru kehilangan Ibu tersayang, Julai lepas.


“Saya hanya mahu melihat wajah orang tersayang, santuni dan rakamkan setiap kenangan dengan mereka di hari perkahwinan saya. Sebab itu majlis kami dibuat dalam serba sederhana dengan kehadiran sekitar 200 tetamu.


“Akan ada resepsi sebelah keluarga Ubai. Majlis tersebut juga dibuat sederhana. Ibu Ubai baru meninggal dunia, kerana itu kami sambut kegembiraan ini dalam kesederhanaan,” kata Shila.




  



Itu jawapan Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli apabila disoal tentang perbezaan jarak umur antara dia dan Shila.


“Usia adalah perkara subjektif, justeru ia bukan penghalang untuk kami menjadi suami isteri.


“Shila mungkin lebih berumur tetapi saya nampak lebih matang berbanding dia. Apa pun, umur tidak menjadi isu,” jawabnya.


  



Bercerita soal zuriat, Shila memaklumkan dia dan suami tidak meletakkan sebarang perancangan tertentu untuk memiliki anak.


Katanya, mereka menyerahkan soal itu kepada ketentuan Allah S.W.T.


  



“Kami mahu perkahwinan ini berjalan mudah, kalau ada cahaya mata, adalah.


“Kami ada berbincang soal ini dan sepakat untuk menerima rezeki cahaya mata. Seandainya ada, kami tidak menolak,” kongsinya.-CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 10:28 AM | Show all posts
ye lah tu.. berapa gap umur tah
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 10:35 AM | Show all posts
Sederhana....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 10:44 AM | Show all posts
takde perkahwinan yang mudah.................
hakikatnya perkahwinan pun ujian.....
kalau nak mudah...toksah kahwin kekdahnya.......
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Comelnya anak xila.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 11:09 AM | Show all posts
I tertengok life xila n ubai kat tiktok lepas kawin..alahai gediknyeee... menyampah adela...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2023 12:15 PM | Show all posts
“Tiada apa yang saya bawa dari perkahwinan pertama, semua telah saya lupakan. Saya percaya, perkahwinan ini adalah lembaran baharu untuk saya dan Ubai.


“Kehidupan kami (selepas ini) ibarat melangkah ke fasa baharu. Kami berjanji agar jadi pasangan terbaik untuk satu dengan lain.


“Perjalanan kami, liku yang telah kami tempuh, bukan mudah. Itu sahaja cukup memberi motivasi dan mengingatkan kami kepada apa yang kami rancang,” katanya.


perlu ke nak petik2 lagi soal perkahwinan ptama? x pyh la nk terus burukkan ex. kalau x terus burukkan ko, ko mrh tak? ex kau pun x keluarkan kenyataan apa2 so better ko pun diam la. x hbs2 nk ckp psl mariage terdahulu.


“Shila mungkin lebih berumur tetapi saya nampak lebih matang berbanding dia. Apa pun, umur tidak menjadi isu,” jawabnya.


kawin ni x de yg mudah. kalau perangai ko x matang, x sabar,m mmg x kemana dik. Ubai pun kata dia lebih matang dari ko xila oiii
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 01:20 PM | Show all posts
gap umur diorang jauh eh ? ubai 25, muda ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 02:09 PM | Show all posts
okay la tu senyap2 udah ler...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Seth tu bukan dari perkahwinan pertama ke? ada la juga yg “dibawa” iaitu seth, walau bapaknya dibuang diherdik sampai keluar lagu, 50% of seth tu genetik apaknya sampai bila2
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal aku tengok laki shilalat ni mcm murid aku tingkatan 6 je ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 10-8-2023 10:47 AM
Comelnya anak xila.

Copy paste muka ex dia
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 03:36 PM | Show all posts
akusukaq replied at 10-8-2023 02:59 PM
Apsal aku tengok laki shilalat ni mcm murid aku tingkatan 6 je ...

macam belum matang gitu kann....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Pjg lagi la cite dia ni...

Dah..brg yg lepas jgn dikenang. Buat yg terbaik utk perkahwinan baru ni. Better diam dr nak cakap lagi pasal first marriage. Ko ngan laki baru ni pun masih pjg lagi cite uiiii.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
silalat seronok baru berlaki, yg mak dia baru hilang laki
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus Ubai kawin dengan single mom. Patutnya yang sibuk2 ikut sunnah berpoligami tu yang patut kawin dengan janda ke, balu ke. Ini budak muda pulak yang kawin dengan single mom.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
umur mmg subjektif... umur mmg hanya angka... ya mmg... sbb baru kawin... nntlah bila umur pompuan dah masuk 40....segalanya merundum... pompuan yg kena usaha lebih untuk seimbang dgn yg lelaki...fizikal, mental, seksual... semoga mampu cekal..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2023 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak bawa apa dari perkahwinan pertama? Seth tu datang dari mana?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak dah aku tgk perempuan kawin lelaki muda ni bahagia. Maybe sebab dah matang. Senang lelaki nak hadap.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2023 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 10-8-2023 11:42 PM
Tak bawa apa dari perkahwinan pertama? Seth tu datang dari mana?

Tau takpe

Poyo betul dia ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.125768 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list