CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6535|Reply: 0

[Sabah] ESSCOM cadang perkenalkan penggunaan aplikasi di ESSZONE

[Copy link]
Post time 9-8-2023 10:05 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Victor bergambar bersama media yang hadir dalam pertandingan berkenaan.
LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bercadang untuk memperkenalkan penggunaan aplikasi kepada pelancong yang datang ke kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) pada masa akan datang.

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Victor Sanjos berkata, penggunaan aplikasi itu dapat memudahkan pihaknya mengetahui pergerakan dan kedudukan pelancong bagi tujuan perlindungan keselamatan.

Katanya, ESSCOM akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) untuk tindakan selanjutnya berkenaan cadangan pengunaan aplikasi berkenaan.

“Penggunakan aplikasi ini sudah digunakan di negara maju untuk tujuan keselamatan para pelancong yang datang ke negara mereka.

“Justeru, kita juga akan mencadangkan penggunaan aplikasi berkenaan supaya mudah mengetahui kedudukan pelancong dan menghantar aset bagi tujuan tinjauan keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program pertandingan menembak ESSCOM bersama pengamal media, di Lapang Sasar Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA), di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Dr Jamaluddin Mohd Ali; Timbalan Komander ESSCOM Brigadier Jeneral Roslan Mat Saad dan Pegawai Pemerintah Batalion 17 PGA, Superintenden Victor Cardona.  



MEDIA: Antara wartawan yang berpeluang merasai pengalaman menembak dalam pertandingan berkenaan.

Menurutnya, ESSCOM komited menjaga perairan negara terutamanya di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pelancong.

“Kehadiran ramai pelancong secara mendadak di kawasan ESSZONE adalah signifikan menunjukkan keadaan perairan negara pada tahap yang terbaik.

“Bagaimanapun, kita akan meneruskan usaha memperkukuhkan kestabilan, keamanan dan kedaulatan di ESSZONE supaya pelancong serta pelabur lebih yakin dengan keselamatan negara,” katanya.

Sementara itu, Victor menzahirkan terima kasih kepada pengamal media di negeri ini kerana banyak memberi kerjasama dengan pihak ESSCOM.

Katanya, pengamal media banyak membantu terutamanya memberi penyampaian yang tepat dan sahih kepada masyarakat berkenaan pengoperasian ESSCOM.

“Pertandingan menembak ini adalah usaha ESSCOM untuk menzahirkan terima kasih dan penghargaan kepada pengamal media.

“Saya berharap keadaan keamanan yang dikecapi ketika ini akan berkekalan dan ekonomi negeri bertambah baik dengan kehadiran ramai pelancong serta pelabur ke Sabah,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.047861 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list