CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1519|Reply: 0

Van Dijk faham rasa tidak yakin penyokong

[Copy link]
Post time 9-8-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode

VIRGIL van Dijk setia bersama Liverpool. FOTO REUTERS

London: Virgil van Dijk berkata dia memahami mengapa terdapat keraguan terhadap prospek Liverpool untuk musim baharu.

Enam pemain senior meninggalkan Anfield pada musim panas termasuk bekas kapten, Jordan Henderson yang kemudian tugas itu kini digalas oleh Van Dijk.

Keputusan aksi pramusim tidak begitu meyakinkan dengan pemain tengah bertahan masih belum diperolehi oleh mereka selepas tiga bidaan untuk mendapatkan pemain Southampton, Romeo Lavia menemui kegagalan.

"Saya amat memahaminya (tanggapan negatif peminat) tetapi saya bukan seorang yang sangat negatif.

"Sudah pasti ada keraguan apabila ramai pemain meninggalkan kelab, apabila kapten anda juga meninggalkan kelab, begitu juga naib kapten, dan pada masa sama hanya terdapat dua pemain baharu menyertai kelab.

"Aksi kami masih baik termasuk penguasaan bola tetapi secara bertahan apabila anda melepaskan gol, ia tidak begitu baik. Jadi saya dapat memahami sesetengah orang mempunyai keraguan terhadap kami," katanya.

Liverpool sudah menandatangani pemain tengah, Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai, tetapi hanya dua pemain itu sahaja yang menyertai kelab berkenaan.

Pemergian Henderson, Fabinho, Naby Keita, James Milner dan Alex Oxlade-Chamberlain bukan sahaja menyebabkan The Reds jelas kekurangan pemain namun mereka juga mempunyai pemain yang kurang pengalaman di tengah padang.

Thiago Alcantara dan Stefan Bajcetic tidak beraksi sejak musim lalu kerana mereka melalui proses pemulihan akibat kecederaan manakala khidmat Cody Gakpo diperlukan di bahagian tengah pada aksi pramusim oleh Jurgen Klopp untuk mengatasi kekurangan pemain yang ada.

Van Dijk, 32, berkata, barisan pemain Liverpool berazam untuk bersaing memenangi trofi musim ini tetapi mengakui mereka berdepan tugas sukar.

"Ia akan menjadi sangat sukar jika kami melihat pasukan di sekeliling kami, tetapi kami mahu berada di sana semula, kami mahu menjadi pencabar sekali lagi.

"Kami perlu mempunyai keyakinan dan terus belajar setiap hari. Terdapat pemain yang meninggalkan kelab, pemain yang memainkan peranan besar dalam kejayaan kelab, tetapi yang lain perlu tampil ke depan untuk menggantikan mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dak-yakin-penyokong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.374406 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list