CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7574|Reply: 9

Muka Pemuda Naik Bintik-Bintik Merah Bernanah, Terus Kena Cop Penyakit Kelamin

  [Copy link]
Post time 8-8-2023 10:18 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pemuda dikenali sebagai Zulariff berkongsi video di TikTok menunjukkan keadaan wajahnya yang berbintik-bintik dan berkudis.


Walaupun ada antara netizen yang mencadangkan agar dia membuat 'test' penyakit kelamin, Zulariff bagaimanapun tidak melatah kerana yakin ia tidak ada kaitan dengan masalah kesihatan tersebut.






"Saya yakin dan pasti tak ada kaitan dengan semua tu (HIV). Bahagian lain pun memang tak ada langsung terkena melainkan muka sahaja," katanya ketika dihubungi mStar.


Jelas Zulariff penderitaannya bermula dengan tonsil membengkak.


"Saya mula sedar sejak enam hari lalu apabila tonsil terasa seperti membengkak. Rasa membengkak tu sampai ke kepala. Nak telan air liur pun sakit.


"Kemudian muka saya mula nampak macam timbul jerawat atau melecet tapi masa tu saya ingat tak ada apa-apa yang serius.


"Masuk hari ketiga barulah saya perasan yang keadaan makin teruk sebab sakit tu dah merebak. Sakit sangat tapi saya tak demam pun," ujarnya yang senang disapa Zul.






Bimbang dengan keadaan wajahnya yang semakin teruk, pemuda berusia 21 tahun itu mengambil keputusan untuk ke klinik bagi mendapatkan rawatan.


Menurut Zul, setelah diperiksa, doktor memberikan ubat antiviral, krim merawat kegatalan dan paracetamol kepadanya kerana disyaki mengalami penyakit herpes zoster atau kayap.


Bagaimanapun, tiada sebarang kepastian daripada pihak doktor kerana keadaan bintik-bintiknya bertukar menjadi bernanah.


"Apabila tengok keadaan makin teruk, doktor minta saya buat ujian darah untuk tengok jangkitan tu sama ada disebabkan bakteria atau virus.


"Saya lega sikit apabila keputusan darah menunjukkan keadaannya normal. Jadi doktor cakap teruskan makan ubat antiviral dan antibiotik. Doktor ada bagi krim antibiotik juga untuk sapu pada bahagian muka," ujarnya yang menetap di Selangor.


Wajah Zul sebelum menghidap penyakit herpes zoster.




Kata Zul lagi, dia tidak segan untuk keluar berjalan dengan keadaan wajahnya yang bernanah.


Namun, dia memilih untuk memakai pelitup muka kerana bimbang sekiranya orang lain tidak selesa melihatnya.


Selain bergantung pada ubat moden, ahli keluarga Zul turut membantu membawanya mendapatkan rawatan tradisional dengan harapan agar dia dapat sembuh dengan segera.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2023 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kena herpes zoster? Immune system rendah?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 07:42 AM | Show all posts
boleh jadi kena Ain .
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 07:44 AM | Show all posts
Apo kena HIV? HIV sekarang tak tunjuk kat muka dekk, tapi dia tunjuk kat blood test
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 09:15 AM | Show all posts
Mcm kene binatang nama 'charlie' yg selalu ada kat sawah padi
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 02:09 PM | Show all posts
ni yang jenis kalau test barang makeup punya tester pun boleh kena tu kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2023 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar. moga cepat sembuh ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2023 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
penyakit kulit ni kdg2 berkaitan dgn environment dan juga kualiti air sesuatu tempat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2023 11:07 AM | Show all posts
OshinDaSolja replied at 9-8-2023 09:58 PM
penyakit kulit ni kdg2 berkaitan dgn environment dan juga kualiti air sesuatu tempat...

air ni mmg sgt2 btl...kulit aku jenis sensitif...kena gigit semut pun blh jd teruk...kalau air x bersih hbs naik gatal2...suami & anak2 ok...aku yg bermasalah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2023 02:24 AM | Show all posts
Aduhh ksiannyaa.. pg jmpa doctor dik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.067463 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list