CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 5584|Reply: 2

[Sabah] Sabah Food Fiesta 2023 perkenal makanan tradisional

[Copy link]
Post time 6-8-2023 09:30 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Jeremiah (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama selepas merasmikan program Sabah Food Fiesta 2023.



RASMI: Keaven menyaksikan Jeremiah membuat gimik perasmian program Sabah Food Fiesta 2023.

KOTA KINABALU: Sabah Food Fiesta 2023 yang dianjurkan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) memperkenalkan makanan tradisional Sabah yang terkenal dengan kekayaan budaya, seni, kraftangan serta kepelbagaian masakan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, program kepenggunaan ini juga mempelawa pengunjung dan penduduk setempat untuk menjelajahi keunikan budaya seni serta kraf tangan Sabah menerusi cita rasa unik yang ditawarkan oleh negeri ini.

“Makanan adalah sebahagian besar dalam identiti budaya Sabah, masyarakat kita mewarisi sejarah kulinari yang kaya, hasil daripada inspirasi dari berbagai suku serta tradisi yang berbeza.  

“Dalam usaha mempertahankan dan menghargai warisan ini, program seumpama ini diadakan untuk memperkenalkan makanan tradisional kepada masyarakat tempatan dan luar negeri,” katanya semasa merasmikan Sabah Food Fiesta 2023 di Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini, semalam.

Text ucapannya dibacakan ooleh Pegawai Khas kepada Menteri Jeremiah Daniel V. Yee Wei.

Katanya, menerusi program ‘Sabah Food Fiesta 2023’, ia juga sebagai batu loncatan kepada kepada pelancong asing untuk mencuba dan menjejaki kekayaan makanan negeri ini.

“Saya percaya program ini akan menghasilkan impak tinggi positif kepada ekonomi tempatan termasuk melariskan industri perhotelan dan restoran yang akan membuka ruang serta  peluang kepada para pengusaha makanan tempatan disamping memberi pekerjaan kepada rakyat kita,” katanya.

Katanya, pengunjung juga berkesempatan untuk menikmati pelbagai makanan tradisional Sabah  termasuklah Hinava, Bosou, Linopot, Sinalau, Siopon dan banyak lagi.

Tambahnya, lebih menarik program ini juga mengadakan pelbagai aktiviti bagi menambah kemeriahan suasana seperti pertunjukan seni, demonstrasi masak, pertandingan permainan tradisional dan makan untuk menambah kemeriahan suasana.

Sementara itu, Pengerusi MTPN Sabah Cawangan Penampang Keaven Kong berkata, makanan tradisi Sabah diwarisi dari satu generasi ke generasi hanyalah secara lisan tanpa ada rekod dan dokumentasi yang sistematik.

“Pengetahuan berkaitan keunikan, falsafah, khasiat mahupun penyediaan makanan warisan itu sendiri semakin hilang mengikut peralihan zaman apabila tiada sesiapa yang mewarisi dan mempraktikkannya.

“Oleh itu, adalah penting dan menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara budaya serta warisan yang unik ini,” katanya.

Tambahnya pada masa sama, program Sabah Food Fiesta juga dapat memperkenalkan pengusaha Industri Kecil dan Serderhana (PKS) di negeri ini, berikutan Sabah mempunyai ramai usahawan menghasilkan produk tempatan sendiri dengan menggunakan sumber tenaga kerja tempatan.

Dalam pada itu Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, makanan tradisional seharusnya dihargai dan diwariskan kepada generasi akan datang.

“Walaupun kini Sabah sedang mengorak langkah ke arah kemajuan dengan menerapkan bangsa kita dengan makan ala kemodenan, namun kita tidak seharusnya melupakan asal usul dan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita.

“Saya amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa, kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang.

“Setiap anak kelahiran Sabah perlu menyahut cabaran bahawa makanan tradisional di Sabah mampu melepasi pasaran dunia sehingga ke antarabangsa seperti makanan-makanan yang lain, malahan boleh menjadi sumber ekonomi dalam negara Malaysia,” katanya.

Program ini turut mendapat pembabitan dari 14 daerah di Sabah dan lebih 100 pengusaha IKS serta pengusaha lain di negeri ini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2026 08:28 PM | Show all posts
Hello,
Sabah’s Food Fiesta is a great way to keep traditional flavours alive, especially when local communities showcase heritage dishes and cooking methods. It’s fascinating how food festivals like this highlight regional identity, similar to how Chinese cuisine adapts across countries. For those curious about modern fast casual versions, I recently found a helpful guide that breaks down Panda Express menu items, prices, and nutrition info useful if you’re comparing flavours and calories: https://thepandaexpressmenu.com/nutrition-calculator/
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 12:46 AM | Show all posts
Wow, the Sabah Food Fiesta sounds amazing! It’s always fun to see traditional flavors celebrated and shared. Speaking of exploring foods, I recently came across a complete guide to Olive Garden’s menu for 2025-it’s fascinating to see the variety of Italian-American dishes they offer, from classic Fettuccine Alfredo to family-style lasagna bundles. For anyone curious about menu options, prices, or even allergen info before visiting, this resource is really handy: https://theolivegardenmenu.com/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.078211 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list