CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4236|Reply: 20

Aisha Retno Akui Pakai 'Braces' Sebab Nak Cantik

[Copy link]
Post time 6-8-2023 01:55 PM | Show all posts |Read mode
Hasrat penyanyi Aisha Retno, 23, memakai 'braces' atau pendakap gigi untuk penampilan lebih menarik termakbul selepas lima tahun apabila sumber kewangannya diakui semakin stabil.


Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam ditemui berkata, dia baru dua minggu memasang pendakap gigi itu dan gembira kerana impian dipendam selama ini sudah menjadi kenyataan.






"Saya pasang niat nak pakai 'braces' (pendakap gigi) dah lama, sejak mula jadi penyanyi lagi. Cuma, ketika itu terpaksa memendam dan menangguhkannya atas beberapa sebab tertentu. Tapi, sekarang Alhamdulillah saya dah ada rezeki lebih.


"Kalau dulu, saya asyik kata tak apalah kita tunggu. Kini, syukur saya ada rezeki lebih sedikit yang mana boleh cuba 'invest' (melabur) pada benda lain seperti pakai pendakap gigi untuk mencantikkan penampilan diri," katanya kepada Harian Metro.


Ditanya sama ada dia berhadapan kesukaran menyanyi selepas memakai 'braces' itu, Aisha yang juga pemenang tempat ketiga Big Stage 2022 berkata, pada mulanya memang ada kesukaran ketika menyanyi.


"Saya tak nafikan memang ada alami sedikit kesukaran ketika menyanyi kerana memakai 'braces'. Tapi, biasalah sebagai penyanyi apabila kita diatas pentas hiburkan penonton, tak akan rasa sakit pun melainkan selepas itu (turun pentas).


"Kalau nak kata saya menyesal pakai 'braces', adalah 20 peratus saja. Selebihnya, saya berasa teruja dengan progres yang berlaku ini. Doakan yang terbaik untuk saya," katanya akan memakai 'braces' itu hampir dua tahun.


  



Mengulas juga gosipnya dengan penyanyi kelahiran Brunei, Aziz Harun sebelum ini, Aisha berkata, dia tidak terkesan kerana itu hanya gosip kerana mereka pernah bekerjasama dalam lagu duet berjudul Jarak.


"Apapun, yang pasti selain menyanyi saya juga kini mendapat tawaran berlakon. Saya baru selesai penggambaran drama Gadis Muzikal yang akan ditayangkan pada Ogos ini, Insya-Allah.


"Saya sangat bersyukur jadual kerja dalam karier seni sangat padat sekarang sehingga hujung tahun. Sejujurnya, saya memang tidak sangka jadual kerja saya penuh walaupun dari segi populariti masih kurang," katanya.


Aisha yang merancang muncul dengan album solo pada tahun depan berkata, dia tetap yakin dengan rezeki ditetapkan Allah dan selagi ada peluang tawaran dia akan mencuba saja kerana itu lebih penting.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
baiklaaaaahhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh nama dia memang ada Retno tu rupanya. Ingatkan nama pentas ala2 Shila Tekno.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Whoorayussss
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
retis pakai braces pum #netijemharistahu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 02:40 PM | Show all posts
masih muda si aishah retno ni.. sngka dah 28 ka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2023 03:18 PM | Show all posts
pakai braces tak cukup dikk oiii...
baik ko terus ke hatyai jah suruh doktor tu buat plastic surgery dekat muka ko tu nyahhh... baru la meletop...

harga sama jugak dengan buat braces... pergi harini... naik ketapi terus balik dengan berbalut2 muka macam mumia...

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tak boleh lupa wajah asli dia dalam cite cangkul dgn nazim tu..puas aku telek siapa pelakon perempuan tu rupanya dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2023 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Aura x de. Rambot blonde ko annoying. Cari image consultant la. Tgk Nabila razali tu, talent x seberape tapi look die kelihatan easy utk disayangi semua masyarakat. Ko nye aura ni sesuai utk golongan jazz, club yg mane x klik dgn netizen yg ajet2 good. Find your circle la kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 06:15 PM | Show all posts
Penampilan sheols terlalu urban, macam Dayang zaman Beyonce wannabe dulu


Lagu sheols W. H. U. T tu sempatlah jua promo di Indonesia




Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aisha cousin Sophia Al Barakbah. Ayah dorang adik beradik. Talented singer... Retno tu mengambil sempena nama mak dia penyanyi Indonesia seangkatan Hetty Koes Endang. Berhenti menyanyi slps berkahwin dgn ayah dia... saja je nk bgtau sape2 yg tertanya2 siapa dia ni.????????????
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 07:47 PM | Show all posts
Tp ialah x cantik
Cemane?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupa sheols terlalu yindon utk pasaran malaysia. Bole cuba indonesian market. Mak pon org sana.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Janggus_ replied at 6-8-2023 06:38 PM
Aisha cousin Sophia Al Barakbah. Ayah dorang adik beradik. Talented singer... Retno tu mengambil sem ...

Oo cousin rupenye..patutlah selalu nampak dia komen kat ig sophia..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bella Astillah pun sila lah pakai Braces
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 10:16 PM | Show all posts
Janggus_ replied at 6-8-2023 06:38 PM
Aisha cousin Sophia Al Barakbah. Ayah dorang adik beradik. Talented singer... Retno tu mengambil sem ...

Nama betul Sophia ada Sharifah ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2023 10:17 PM | Show all posts
miss_perfect replied at 6-8-2023 02:25 PM
Wahhh nama dia memang ada Retno tu rupanya. Ingatkan nama pentas ala2 Shila Tekno.

Retno nama mak dia. Jean Retno Aryani

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
chanthik replied at 6-8-2023 06:15 PM
Penampilan sheols terlalu urban, macam Dayang zaman Beyonce wannabe dulu



Iols pun teringat dayang dan aliyah zaman dulu, penampilan beyonce sesat.

Tapi lama2, baru bertemu dgn jalan yg lurus. Syukur.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 6-8-2023 10:16 PM
Nama betul Sophia ada Sharifah ke?

Biasanya yang ada al al tu ada la kot syed atau sharifahnya. Kalau katanya bapak si retno dengan bapak si peah tu adik beradik… ye la kot ada
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Apesal gambar2 dia semua senget2?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.389373 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list