View: 5010|Reply: 41
|
Perempuan Islam Di Malaysia Bersuami Empat Serentak! Kantoi Selepas Seminggu Nikah Dengan Suami Keempat
[Copy link]
|
|
Seorang wanita Islam Malaysia miliki empat orang suami!
Perkara itu didedahkan seorang peguam syarie yang menyaksikan sebutan kes di mahkamah melibatkan suami keempat dan isterinya.
Peguam bernama Hasanah Johari berkata, suami keempat itu hadir ke mahkamah bagi memfailkan faraq nikah iaitu membubarkan pernikahan melalui kuasa mahkamah atas sebab-sebab tertentu.
Gambar Hiasan
Menurutnya, si isteri dan suami keempat baru saja mendirikan rumah tangga baru-baru ini dan hanya mengetahui mengenai perkara berkenaan selepas seminggu berkahwin.
“Hakim tanya macam dia tahu, dia jawab ia bermula selepas didatangi seorang lelaki yang memaklumkan bahawa isterinya merupakan isteri orang lain.
“Terkejut dengan perkara itu, suami keempat membuat semakan di pejabat agama dan mendapati isterinya adalah isteri kepada lelaki yang datang berjumpa denganya itu,” katanya kepada mStar.
Hasanah berkata, wanita itu berkahwin dengan suami pertama pada 2008 dan kemudian memfailkan fasakh tapi kes dibuang kerana tidak hadir maka tiada perintah fasakh.
Menurut Hasanah lagi, wanita tersebut dinikahi suami kedua menerusi perkahwinan di negara jiran pada tahun 2013.
“Wanita itu berkahwin di luar negara dan tak ada rekod. Dia balik ke Malaysia selepas terpisah dengan suami dan dia menganggap perkahwinan itu terbubar sendiri.
“Suami ketiga pula dinikahi pada 2017 dan tidak dinyatakan sebab mereka tidak lagi bersama. Keseluruhannya wanita itu menjadi isteri menerusi tiga perkahwinan di Malaysia dan satu di negara jiran.
“Kemungkinan wanita itu menyalahgunakan borang pengesahan status bujang yang membolehkan dia terlepas untuk berkahwin lain,” ujarnya sambil menambah si isteri hanya tinggal dengan suami keempat, dan tidak lagi bersama suami-suami lain.
Ditanya mengenai perasaan suami keempat tadi mengenai status isterinya, Hasanah yang berpengalaman sebagai peguam syarie selama sembilan tahun memberitahu, lelaki berkenaan kelihatan tenang di kamar mahkamah.
“Suami keempat tu tak marah, mungkin dah tahu lebih awal yang isteri dia ada suami lain. Waktu bercakap depan hakim, dia sangat tenang.
“Dia cuma mahu kepastian daripada mahkamah mengenai status pernikahan dan mahu memfailkan faraq nikah.
“Suami dan isteri itu tidak menyatakan perasaan mereka antara satu sama lain. Isteri hanya berpeluk tubuh dan mengaku di hadapan hakim yang dia ada suami lain dan anggap perkahwinan sebelum ini dibubarkan,” katanya.
Tambahnya, hakim kemudian memutuskan pernikahan pasangan itu fasid (tidak sah) dan difaraqkan.
Mengendalikan kes-kes di Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka, Hasanah mengakui ia merupakan kes paling luar biasa didengarinya.
“Sebelum ni ada kes isteri ada dua suami, tapi ini empat suami. Memang seram kes ni berlaku di depan mata, saya hanya beristighfar.
“Bagaimanapun, perihal tentang suami ketiga menjadi tanda tanya,” jelasnya lagi.
Di sebalik pendedahan tersebut, Hasanah menjelaskan bahawa poliandri iaitu amalan bersuami lebih seorang pada satu masa hukumnya adalah haram di sisi Islam.
Jelasnya, kesan buruk dapat dilihat tentang soal nasab iaitu pertalian keluarga si anak itu dengan bapa memandangkan isteri mempunyai lebih seorang suami.
“Kalau mengandung, tak tahu bapa daripada suami mana. Kedua, mengenai status nasab anak. Ketiga, nafkah anak terganggu sebab bapa mana wajib bayar nafkah untuk anak, keempat jika melibatkan anak perempuan untuk berkahwin kelak.
“Dan kelima mengenai pusaka sekiranya salah seorang suami meninggal dunia, dengan siapa untuk mewarisinya dan faraid. Sebab itu perkara ini diharamkan kerana ia akan mengacau bilau keturunan,” katanya.
Tambahnya lagi, sesiapa yang mahu dan telah mendirikan rumah tangga perlu mengetahui ilmu-ilmu berkaitan dengan perkahwinan atau munakahat.
“Kita kahwin ni kena ada ilmu munakahat. Kalau jodoh tak panjang, selesaikan di mahkamah. Bukan anggap diri dah diceraikan begitu saja.
“Sebab itu saya selalu jelaskan, apa-apa urusan nikah cerai, rujuk mahkamah. Ada perintah, ada rekod. Tidaklah panjang kes macam ni,” kata Hasanah.
Pendedahan Hasanah mengenai isteri yang mempunyai empat suami turut dikongsi menerusi ciapan di akaun Twitternya, @TkeyJoe. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka lelaki2 tersebut, minta cerai x mau kerjasama kasi cerai, kawen tinggal2 bini terus hilang x kembali cerai tak mau, kawen xde rekod kemudian tinggal bini, mmg patut kasi automatic bubar aja kalau berbulan hilang x mau kerjasama cerai |
|
|
|
|
|
|
|
Secara teknikalnya, dia nikah 3 ajer la kot... yang kat siam tak kira sebab takdak dokumen. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya kira berita dari Thailand atau Brunei, ternyata saya salah @tikusmontok
|
|
|
|
|
|
|
|
aku lagi tertarik peguam bernama Hasanah |
|
|
|
|
|
|
|
dia anggap dah cerai tapi orang lain kata belum.. buat keputusan sendiri-sendiri mcm ni lah jadinya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcmana dia bleh registered nikah sampai 4x in the first place?
Dia buat multi-sub concept mcm sifu hartanah duk ajar submit loan sekaligus tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey replied at 5-8-2023 11:10 AM
aku lagi tertarik peguam bernama Hasanah
So cerita ni memang dari Hasanah..tp bukan citer hasanah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pompuan tu nyata jahil sungguh dn ambil ringan ttng undang2 munakahat. Entah2 kawen di negara orang pun nikah sindikat, entah sapelah walinya. Kena tinggal je diaggap cerai dn cari laki lain. Kena tinggal tanpa dikaitkan fasakh, bererti nikah k2, k3 je sudah tak sah, inikan pulak yg ke4. Nikah k4, sape walinya, sape juga saksi2nya shnga akad boleh berlaku. Perkahwinan terdahulu tak ade anak2 ke? Memang wajib dibatalkan perkahwinan k4nya. |
|
|
|
|
|
|
|
Gila lah pompuan nih. Sambil lewa ngan hukum agama. Kemain pulak laku keras smpai 4. |
|
|
|
|
|
|
|
Indon lagi haibat ... pompoan bersuami dua, duduk sebumbung lagi.
Astu masuk YTube.
Jangan lupa tekan loceng, share dan subscribe pemirsa.
Tatau la semata² demi konten ka atau betul².
Kalau betul² pun bodo, kalau demi konten sesuap subscribe semata pun bodo jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Friska replied at 5-8-2023 11:03 AM
Saya kira berita dari Thailand atau Brunei, ternyata saya salah @tikusmontok
Hek elehhh. Puak2 negara ko lagiklah terpaling pelik. Siap ada kes lelaki nikah 8 orang sekali gus, padahal maksimum 4 orang je dibenarkan dalam Islam.
Ajaran sesat mana puak2 ko ikot ni hahhh??? Sebokk dgn kisah tanah ayer ni, pi nasihat puak2 ko kat tanah asal ko dulu. Yihhh!
“Tak Tinggal Untuk Yang Single”- Lelaki Indonesia Tular Selepas Kahwin Dengan 8 Wanita Sekaligus
https://diva.my/2021/256755/tak-tinggal-untuk-yang-single-lelaki-indonesia-tular-selepas-kahwin-dengan-8-wanita-sekaligus/ |
|
|
|
|
|
|
|
hokeypokey replied at 5-8-2023 11:10 AM
aku lagi tertarik peguam bernama Hasanah
Teringat pulak kak hasanah ketua spy dah meninggal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Friska replied at 5-8-2023 11:03 AM
Saya kira berita dari Thailand atau Brunei, ternyata saya salah @tikusmontok
Provokelah lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Friska replied at 5-8-2023 11:03 AM
Saya kira berita dari Thailand atau Brunei, ternyata saya salah @tikusmontok
Sebenarnya kau nak type, saya kira berita dari Indon atau India, ternyata saya salah kannn.. taupun kau negara kau tu memang penuh dengan cerita pelik2 sama mcm China ngan India.. lagi mau komen2 negara orang. Shh shh p balik indon.. youtuber Seri tu pun tau nak balik Indonesia lepas cari rezeki kat sini. Kau plak tak reti2 nak balik. Hadaaap guna kerakyatan anak sanggop demi nak duduk malaysia kahkahhh deperedo |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 5-8-2023 11:14 AM
So cerita ni memang dari Hasanah..tp bukan citer hasanah..
tonyoh2 mata baca tadi sbb takut tersilap faham ni cerita hasanah |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 5-8-2023 05:00 PM
Teringat pulak kak hasanah ketua spy dah meninggal.
ok baru google pasal dia, tak sangka malaysia ada spy chief pompuan, hebat, dasattt |
|
|
|
|
|
|
|
antikorok replied at 5-8-2023 04:50 PM
Hek elehhh. Puak2 negara ko lagiklah terpaling pelik. Siap ada kes lelaki nikah 8 orang sekali gus ...
Ehhh pehal tine ndon babu garit ni quote nama iols? uols reply baru tau.
Friska garit tu ntah2 kat ndon dah ada laki, dtg sini menyondol laki majikan pulak |
|
|
|
|
|
|
|
peguam pun nama hasanah |
|
|
|
|
|
|
| |
|