CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3846|Reply: 22

[Tempatan] Amalan pelihara alam semula jadi antara nilai diajar Tunku Azizah kepada Tengku Hassanal

[Copy link]
Post time 5-8-2023 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Amalan pelihara alam semula jadi antara nilai diajar Tunku Azizah kepada Tengku Hassanal


Tunku Azizah berkenan melawat “Pahang in Nature” anjuran Muzium Pahang yang dirasmikan baginda di Muzium Seni Kontemporari (MOCA). Turut berangkat Tengku Hassanal. - Foto Bernama



KUANTAN: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menegaskan bahawa keindahan alam semula jadi tidak akan dapat diganti setelah ia musnah, tidak kira berapa banyak wang yang perlu dibelanjakan untuk memulihkannya.

Baginda bertitah, amalan memelihara alam semula jadi adalah antara nilai yang diajar kepada Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika usia muda, dan berbangga dengan sikap tegas anakanda baginda dalam isu berkaitan alam sekitar.

"Beta sering mengingatkan (Tengku) Hassanal bahawa baginda tidak boleh menggantikan alam sekitar, tidak kira berapa juta (wang) yang dimiliki. Dari kecil, Tengku Hassanal terpaksa mendengar 'pok pek pok pek' (leteran) bondanya mengenai alam sekitar.

"Keindahan alam semula jadi tidak boleh diganti apabila ia musnah, anda tidak boleh memulihkan apa yang ada pada alam semula jadi.

"Beta gembira dan sangat bangga dengan anakanda kerana baginda telah menunjukkan kepada beta bahawa baginda telah menyedarkan rakyat bahawa alam semula jadi di Pahang perlu dikekalkan. Anakanda (Hassanal) mungkin telah menyinggung perasaan orang dan membuatkan mereka marah hari ini, tetapi suatu hari nanti mereka akan faham dan ini akan menjadi legasi baginda," titah Tunku Azizah.

Tunku Azizah bertitah demikian dalam ucapannya pada perasmian galeri 'Pahang In Nature' di Muzium Seni Kontemporari di sini, malam tadi.

Tunku Azizah turut menzahirkan hasrat untuk menubuhkan sebuah muzium khas bagi mempamerkan semua hadiah yang diterima oleh suaminya, Al-Sultan Abdullah semasa memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019 dan tempoh perkhidmatannya akan berakhir dalam 180 hari lagi.

"Kita boleh namakan ia sebagai Muzium Agong. Semua yang kita kumpul dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini akan disimpan dalam muzium ini supaya orang ramai dapat melihat dan mengetahui apa yang kita (sebagai Agong dan Raja Permaisuri Agong bagi Malaysia) telah lakukan," titah Seri Paduka.

Tunku Azizah bertitah, baginda juga ingin menambah koleksi hadiah yang diterima oleh Almarhum Paduka Ayahanda mentua, Almarhum Sultan Ahmad Shah iaitu Yang di-Pertuan Agong dari 1979 hingga 1984.

Bagi Tunku Azizah, muzium adalah tempat yang disukai kerana ayahanda sering membawa baginda melawat ke muzium ketika zaman muda.

"Beta dapat melakukan perkara yang sama dengan Hassanal. Beta tidak fikir anakanda beta yang lain suka (melawat ke muzium), tidak seperti Hassanal... kerana baginda sering bertanyakan soalan kepada beta ketika kami berada di dalam muzium," titah baginda.

'Pahang In Nature' mempamerkan 33 buah lukisan yang dihasilkan oleh artis anak jati Pahang Tengku Datuk Marina Tengku Ibrahim yang memaparkan keunikan alam semula jadi Pahang, yang diinspirasikan daripada Surah al-Rahman yang berulang kali mengingatkan nikmat Allah S.W.T termasuk penciptaan alam. – BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... diajar-tunku-azizah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2023 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Naga di tasik chini tersenyum sinis..eh naga ke dinasor?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts


Post is not shorter than 10 bytes.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Oren tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye lah
Kami marhaen hanya
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh dah nak tamat dah penggal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2023 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye lah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 07:21 AM | Show all posts
pembalakan amalan pelihara alam semula jadi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2023 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
sedih tngok area Raub tu...bnyk hutan dan bukit jadi kebun2 atau ladang2 sawit... eyesore betul...iollz paling tak suka pokok sawit landscape jadi tak cantik dan rsa panas... baik pokok getah nmpk lg cantik dan leafy...in certain times daun jadi colourful...nmpk cantik dan sejuk mata memandang...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindunya bila tuanku dh x jd RPA nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2023 03:36 PM | Show all posts
hanya mampu hmmmm je kang kna siasat pulak
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul..


dah tu je aku mampu cakap
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
OshinDaSolja replied at 6-8-2023 07:58 AM
sedih tngok area Raub tu...bnyk hutan dan bukit jadi kebun2 atau ladang2 sawit... eyesore betul...io ...

Pokok getah tak untung.. terlalu banyak alternative lain yg lebih bagus..  

Sawit takde replacement yg better
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cameron, tasik cini, dusun durian tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak komen satu lagi... kenapa dia pakai rantai pearl gitu??

Hauknya styling.. mohon pecat fashion advisor
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 6-8-2023 05:28 PM
Nak komen satu lagi... kenapa dia pakai rantai pearl gitu??   

Hauknya styling.. mohon pe ...

Stail dia kott?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2023 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Boksit planet merah rakyat yg sengsara.

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha ha ha, aku ketawa (lirik lagu hael)

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 09:56 PM | Show all posts
Senyum, tak perlu kata apa-apa
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2023 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 6-8-2023 05:03 AM
Oh dah nak tamat dah penggal


Best, kan? Pencen jagung dan pencen mrs jagung adalah seumur hidup. Kerja 5 tahun dgn segala mcm perks dpt pencen penuh. Balik negeri sambung semula jd sol tan dan sol tan na spt gaji penuh semula. Tak gitu?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.235634 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list