CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5584|Reply: 0

[Sabah] Beri kuasa melulus, keluar lesen pelancongan kepada Sabah

[Copy link]
Post time 4-8-2023 09:46 PM | Show all posts |Read mode


KUNJUNGAN: Christina menerima kunjungan daripada delegasi MCTA Sabah Chapter.

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew meminta agar Sabah diberi kuasa untuk melulus dan mengeluarkan pelbagai jenis lesen pelancongan.

Katanya, antara isu yang dihadapi membabitkan sektor pelancongan Sabah dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Persekutuan (MOTAC) adalah berkaitan kelewatan untuk kelulusan permohonan serta pengeluaran lesen kepada pemain pelancongan di Sabah.

“Saya menerima aduan daripada pihak pemohon berkenaan kelewatan dalam mendapatkan lesen baharu serta pembaharuan lesen sedia ada, mengambil masa yang lama untuk diluluskan oleh MOTAC.

“Difahamkan apabila pemohon membuat pertanyaan di Pejabat MOTAC Sabah, mereka diberitahu untuk menghubungi Putrajaya secara terus.

“Oleh itu, saya meminta kerajaan Persekutuan agar memberi kuasa kepada Sabah untuk mengendalikan perihal lesen bagi memudahkan industri pelancongan di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan selepas menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA) Sabah Chapter di sini.

Delegasi berkenaan diketuai Pengerusi MCTA Sabah Chapter Vincent Sia, Naib Pengerusi Amity Wong, Bendahari Jimmy Wong Kui Hiung dan Ahli Jawatankuasa Julie Wong.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian I Mary Malangking.

Vincent berkata, antara masalah yang disampaikan oleh MCTA Sabah Chapter adalah berkenaan masalah dihadapi pemohon lesen yang kerap menerima jawapan sama apabila setiap kali menghubungi ibu pejabat iaitu masih dalam proses.

“Terdapat juga pengusaha pelancongan yang sudah menunggu selama lebih dua bulan bagi mendapatkan kelulusan pertukaran alamat untuk dikemas kini dalam lesen operasi.

“Mei lalu, pengusaha pelancongan ini sudah menyerahkan semua dokumen yang diperlukan kepada MOTAC untuk pertukaran alamat selepas berpindah pejabat.

“Baru-baru ini pengusaha terbabit membuat panggilan kepada MOTAC hampir setiap hari, bagaimanapun talian gagal disambung, keadaan ini menyukarkan pengusaha pelancongan untuk menjalankan operasi termasuk memohon lesen bas persiaran sekiranya alamat terkini tidak dikemas kini,” katanya.

Dalam pada itu, MCTA Sabah Chapter turut menjemput Christina melancarkan Pameran Malaysia International Travel Mart (MITM) 19 Ogos depan yang akan diadakan di Suria Sabah di sini.

Dalam taklimatnya, Jimmy yang juga Pengerusi Penganjur berkata, kali terakhir MCTA menganjurkan Pameran MITM adalah pada 2019 sebelum dihentikan disebabkan pandemik COVID-19.

“Pameran ini akan menyediakan kira-kira 49 gerai pameran yang dibuka oleh ahli MCTA dari Sabah, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Labuan, Sarawak dan Negeri Sembilan.

“Kita juga akan membuka gerai kepada pengusaha pelancongan berasaskan komuniti termasuk dari Kiulu dan Tambunan untuk mempamerkan produk pelancongan luar bandar.

“Pameran MITM juga adalah platform untuk mempromosikan industri pelancongan dengan penyertaan pemain pelancongan dari Semporna, Tenom, Kuala Penyu dan Kudat,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.046615 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list