View: 1664|Reply: 1
|
Penyokong Bakar Suar Kerana Berang Penang FC Kalah Teruk Di Tempat Sendiri
[Copy link]
|
|
Kecewa skuad Harimau Kumbang tewas di tangan Kuala Lumpur (KL) City FC, segelintir penyokong Penang FC mengadakan protes di perkarangan Stadium Bandaraya, Pulau Pinang selepas perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia pada Khamis, berakhir.
Add Image Caption Here
Menerusi sebuah video yang kini giat dikongsikan di media sosial, kelihatan beberapa individu membakar suar berwarna merah sambil melaungkan chant yang diajukan kepada pihak pengurusan Penang FC.
Situasi itu jelas mengundang perhatian ramai apabila penonton yang hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut memilih untuk memerhatikan protes itu dari jarak jauh.
Namun, tiada laporan lanjut dikeluarkan mana-mana pihak mengenai itu itu dengan tiada individu dilaporkan mengalami sebarang gangguan daripada protes berkenaan.
Sebelum ini, terdapat laungan daripada sebahagian penyokong skuad Harimau Kumbang yang mahu mengadakan sesi tunjuk perasaan selepas aksi Liga Super menentang Sabah FC pada penghujung Julai lalu.
Bagaimanapun, hasrat tersebut berjaya dihidu pihak pengurusan yang berkesempatan menghalang perkara itu kerana dikhuatiri akan mengundang ancaman terhadap pemain.
Penang FC masih berpeluang untuk mencipta kejutan dalam Piala Malaysia apabila mereka bakal berdepan KL City FC untuk aksi timbal balik di Stadium Cheras, KL pada 18 Ogos.
Sumber: Majoriti |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tak bakar seluar sekali
pprt sungguh perangai orang penang yer..
teringat djaman red warrior dulu rempuh pintu stadion |
|
|
|
|
|
|
| |
|