View: 2735|Reply: 10
|
Timang Cahaya Mata Ketiga, Anak Shima Anuar Paling Teruja Jadi Puteri Tunggal
[Copy link]
|
|
Rabu lalu, lahirlah cahaya mata ketiga pelakon Shima Anuar di sebuah pusat perubatan di Damansara, Selangor.
Berita kelahiran bayi lelaki seberat 2.95 kilogram secara pembedahan itu dikongsikan suami Shima iaitu Mohd Solih Toha.
IG
"Alhamdulillah, Shima telah selamat melahirkan bayi lelaki kami pada hari Rabu, pukul 4 petang secara pembedahan.
"Bayi dan Shima berada dalam keadaan sihat dan InsyaAllah mereka boleh keluar wad hari ini (Jumaat)," katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Solih berkata anak pertama mereka iaitu Sophea paling teruja menerima adik lelaki kerana dia mahu menjadi puteri tunggal dalam keluarga itu.
"Sebenarnya seluruh keluarga memang menginginkan bayi lelaki. Anak pertama dan kedua l pun memang mahukan adik lelaki.
"Si kakak pula nak bayi lelaki sebab katanya dia mahu jadi satu-satunya anak perempuan dalam keluarga (ketawa)," ujarnya.
Tambah Solih lagi, Shima akan menjalani proses berpantang di rumah selepas pulang dari hospital.
Pada Mac tahun lalu, Shima terpaksa menjalani pembedahan menggugurkan kandungan selepas disahkan hamil luar rahim.
Pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu memaklumkan dia banyak kehilangan darah dan terpaksa menggugurkan kandungan berusia tiga bulan itu.
IG
Untuk rekod, Shima mendirikan rumah tangga dengan Solih pada April 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Marian Sophia, 4, dan Mikhael Iman yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah & tetap tak kenal kau sape |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols ni dalam gambar nampak biasa je tapi bila jumpa depan2 cantik jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
nauzubillah min zalik who is yuhhhhhhhhhhh.... dah ku google nama pun tetap google bagitahu who is yuhhhhhhhhh....
apa ni dikkkkk... sendunya sampai ikan bilis di pulau pangkor tu lagi acik2 kenal dari ko yach...
|
|
|
|
|
|
|
|
muka dia iras datin surikayu sblm sheols berhijab |
|
|
|
|
|
|
|
vanillaninja replied at 4-8-2023 01:13 PM
Sheols ni dalam gambar nampak biasa je tapi bila jumpa depan2 cantik jugak.
Putih ke dia?
Nampak mcm kulit putih mulus cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
Die pttnya jadi star MIG tapi x jadi. X de aura. Seb baik kawin laki kayoo |
|
|
|
|
|
|
|
Aku syak dia cocok vitamin c sebab kulit dia cantik mulus macam kebanyakan orang yg cucuk vitamin c. Rupa dia biasa je macam kampung2 gituhh tapi sebab kulit cantik cerah bersih jadi upgrade wajah gituhhhh.
Dalam tv memang cantik kulit Sheolz. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 4-8-2023 05:29 AM
nauzubillah min zalik who is yuhhhhhhhhhhh.... dah ku google nama pun tetap google bagitahu who is y ...
Meols kenal dua shima je dalam inndustri ni...
Shima GV yang kata sakit tu...
Baby Shima yang asyiklah gaduh dengan ustaz² yang minat kat dia tapi tak berani nak masuk meminang kot, menghencap je berani diorang tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Putih tapi bukan putih pucat macam Adira tu. I perasan kulit sheols flawless. And body pun kecik. Memang jenis pandang 2-3 kali. Tapi dalam gambar memang tak nampak sangat wow sheols ni. Agak sendu jugak kan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|