CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3968|Reply: 22

Berniaga Ke Sedekah, Tak Tergamak Nak Bayar RM5- Pakcik Tua Jual Nasi Dan Macam-Macam Lauk Di Bonet Kereta

[Copy link]
Post time 4-8-2023 10:31 AM | Show all posts |Read mode
Seorang peniaga warga emas dipuji ramai kerana masih menawarkan menjual nasi campur dengan harga Rahmah RM5.


Peniaga yang dikenali sebagai Lejen Nasi Bonet itu turut mencuri perhatian ramai kerana keunikannya berniaga dengan menggunakan sebuah kereta.


Menerusi video tular di TikTok, kelihatan bahagian tempat duduk serta but kereta peniaga itu dipenuhi dengan bekas-bekas yang berisi aneka lauk.


Foto: tiktok




Terdapat pelbagai sajian lauk Melayu seperti ayam masak merah, ayam goreng berempah, ikan goreng, ikan tenggiri masak sambal, sayur-sayuran, gulai kuning, dan banyak lagi yang dimakan bersama nasi putih


"25 jenis lauk, jualan dengan harga Rahmah RM5. Semoga Allah memberkati Wak, dikurniakan kesihatan yang baik kepada Wak," tulis Fitri Fauzi.


Tambahnya, peniaga yang bertapak di Wisma Consplant 1, Subang Jaya, Selangor itu memulakan operasinya pada jam 11.30 pagi, setiap Isnin hingga Khamis.







Video itu turut memaparkan ramai pelanggan yang sedang beratur dan menanti giliran untuk mengambil nasi serta menceduk lauk yang menjadi pilihan mereka.


Di ruangan komen, ramai netizen turut memuji kecekalan peniaga berkopiah itu yang masih berniaga meskipun sudah lanjut usia.


"akcik ni bukan berniaga tapi pakcik ni sedekah. Saya peniaga yang muda macam pakcik tak mampu buat macam pakcik buat.


"Ya Allah murahnya, barang semua mahal, pakcik buat sedekah ni. Semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik.


"Murah sangat tu pakcik. Tapi nampak sedap. Semoga murah rezeki buat pakcik," tulis beberapa pelayar TikTok.


Netizen turut memberi pesan kepada mana-mana individu yang membeli makanan dengan peniaga itu agar mengambil lauk secara berpada-pada, sesuai dengan harganya.


"Semoga sesiapa yang beli kat sini, bayarlah setimpal apa yang diambil. Jangan ambil kesempatan atas kemurahan hati pakcik ni.


"Murah rezeki pakcik. Tapi kalau saya tak tergamak nak bayar RM5 je sebab ambil lauk macam lebih dari RM5.


"Kalau kita ambil lauk lebih, tak tergamak nak bayar RM5. Bagi la lebih sikit," tulis beberapa netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Cooked Food.....kalo dapat food contamination....saper nak jawab?

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak berniaga....buat cara betul.....

You are dealing with cooked food....hygiene...preparation....serving....

Mana tanggunjawab serta accountability ko sebagai peniaga pada para pengguna/pembeli?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Niat tak memghalalkhen cara.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik ni kenapa taknak letak meja eh. Kalau mohon lesen tu pon baru brapa....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 10:58 AM | Show all posts
Last week,I gi maybank depan tu so singgahlah beli makanan dengan pakcik ni. I beli:
- lauk kari ikan
-ikan goreng
-ayam sambal
- pajeri terung + nenas (1 ketul each)
-nasi putih 2 pack

Total RM17.

MUrah jugalah jika compare dengan area subang jaya ni. Semua lauk at RM4 each. Pajeri RM1 each dan nasi RM1.50 each.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2023 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang murah...tp ade sebab kenapa kena ikut guidelines bila jual makanan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiols syak dapurnya kotor macam tongkang pecah but aiols kalau nampak tetap akan beli.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau i la kn i dok beli sbb i akan beli kt gerai yg ada meja huhu..
tp kalau herlok blh try
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak mcm sedap
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 01:20 PM | Show all posts
walaupun i kasihan tengok pakcik tua ni, tapi i lebih fikir kebersihan..
letak lauk sampai ke kaki kot..
typhoid pun entah amik entah tidak..
lepas tu berapa ramai amik lauk tunduk masuk dalam kereta..
kalau jumpa bulu, sah-sah pakcik tu yang korang maki..
padahal masing-masing amik lauk sampai masuk kepala dalam kereta..
mana yang pakai baju takde lengan tu, rembesan peluh masuk pun kau kata sedap..
belum lagi ada yang bercakap or air liur menjejeh tengok bau lauk sedap
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 4-8-2023 12:22 PM
Aiols syak dapurnya kotor macam tongkang pecah but aiols kalau nampak tetap akan beli.

Jgn fkr..Kalo fkr mmg X lalu nk Beli..sbb biasa p rumah org pandai msk mmg huru hara dapur dan rumah nye...mmg x lalu nk mkn..sbb x nampak dan tgk lauk mcm best dan murah..jd jgn fkr..bl dan makan je..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ina_na replied at 4-8-2023 05:36 AM
Jgn fkr..Kalo fkr mmg X lalu nk Beli..sbb biasa p rumah org pandai msk mmg huru hara dapur dan rum ...

Aiols tersangat faham. Ala ingat ja weols cemana memasak bila masa kenduri ka raya ka. Memang berkecah abis. Apa lagi orang niaga yang hari2 masak banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 02:39 PM | Show all posts
tak berbau ke keta tu? lepas tu kejap2 dok cedok lauk itu ini tak tumpah kena seat keta?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bonet ke carboot sale?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal pakai kopiah je terus berjurai air mata netizen...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 03:01 PM | Show all posts
bersihkah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts




Kalau mcm ni korg beli tak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 03:26 PM | Show all posts
ok la tu harga berpatutan
bersih ke tak berserah je la janji halal
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 03:40 PM | Show all posts
"Kalau kita ambil lauk lebih, tak tergamak nak bayar RM5. Bagi la lebih sikit," tulis beberapa netizen.


alahhhh butuh la hai
da jumpa yang murah nak acah2 baik hati lak
kang kena cas mahal menyalak2 babi ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54475 Replies : 9
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54570 Replies : 22
Mutu penganjuran konsert Biduanita-Judika dikecam hauk (taraf funfair ramai rasa tertipu)!!
maklukpenggodaMutu penganjuran konsert Biduanita-Judik
Views : 36856 Replies : 78
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3298 Replies : 14
Pelancong Malaysia Dihantar Pulang Walaupun Telah Melengkapkan Semua Dokumen Termasuk K-ETA (Korea Electronic Travel Authorization) , Mengapa Makin Susah Nak Masuk Korea?
YgBenarPelancong Malaysia Dihantar Pulang Walau
Views : 49492 Replies : 102
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 283570 Replies : 8376
Berkeluasan 100 Meter Persegi..Kalau Di Malaysia Harga Ini Dapat Rumah Kecil’ – Lelaki Ini Beli Rumah Di Jepun Harga RM820,000.Anda setuju?
YgBenarBerkeluasan 100 Meter Persegi..Kalau Di
Views : 65698 Replies : 42
Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
YgBenarSekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lela
Views : 19483 Replies : 28
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 98958 Replies : 1025
'Tak takut ke esok Allah hisab?'- pendedahan bekas kontraktor Che Ta
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 42538 Replies : 162

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.257423 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list