View: 4167|Reply: 39
|
Sempat Rakam, Polis Terserempak Dengan Pontianak Jam 2 Pagi Semasa Buat Rondaan
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Seorang polis bantuan dikenali sebagai Ikmal berkata,"Niat saya cuma nak berkongsi pengalaman dan beri peringatan kepada orang di luar sana supaya jangan terlalu takut atau taksub."
Individu berkenaan menarik perhatian di TikTok baru-baru ini selepas berkongsi video kelibat dipercayai pontianak dan turut kedengaran suara menakutkan makhluk berkenaan.
Perkongsian video itu meraih lebih 3.6 juta tontonan dengan segelintir warganet percaya tetapi ada juga meraguinya.
Foto: Harian Metro
Berkongsi kisah sebenar, Ikhmal berkata, video kelibat pontianak itu adalah sahih dan dirakamnya sendiri menggunakan telefon bimbit.
Menurut Ikhmal, dia 'terserempak' dengan makhluk itu ketika membuat rondaan bersama rakan setugas.
"Insiden itu berlaku kira-kira 2 pagi dan kebetulan, saya dan rakan sedang membuat rondaan di sekitar kawasan berkenaan.
"Ketika membuat rondaan itu, kami terdengar bunyi dan nampak seperti ada orang masuk ke dalam kawasan semak.
"Memandangkan ia kawasan larangan yang tidak boleh diceroboh maka kami yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) peronda terus bergegas ke kawasan berkenaan untuk membuat rondaan dan pemeriksaan.
"Alangkah terkejutnya kami apabila nampak pontianak di kawasan itu namun saya sempat capai telefon bimbit dan rakam video penampakan berkenaan," katanya kepada Harian Metro.
Ikhmal berkata, video itu kemudiannya dimuat naik di TikTok untuk disimpan sebagai kenangan selain berkongsi pengalaman dilaluinya ketika bertugas.
Foto: Harian Metro
Dalam tempoh singkat, videonya itu mendapat perhatian hingga meraih banyak tontonan dan tular di laman sosial.
"Ada yang percaya dan kongsi pengalaman seram mereka di ruangan komen. Bagaimanapun, ada juga kata saya cuba menipu dan muat naik video berkenaan untuk tujuan content (bahan kandungan perkongsian semata-mata).
"Terpulang kepada yang menonton percaya atau sebaliknya kerana itu hak masing-masing dan untuk apa menipu kerana saya sendiri melaluinya," katanya.
Menurut Ikhmal, sudah lapan tahun dia mencari rezeki sebagai polis bantuan dan banyak pengalaman dilaluinya sepanjang tempoh itu termasuk yang menyeramkan.
Bagaimanapun, Ikhmal mengakui pertama kali melihat sendiri kelibat pontianak di depan matanya sendiri tempoh hari.
"Bunyi gangguan itu biasa terutama ketika bertugas pada waktu malam dan awal pagi malah orang lama juga pernah cerita pengalaman mereka terjumpa makhluk berkenaan.
"Lagipun, kawasan itu pun asalnya ladang kelapa sawit yang kemudiannya dibangunkan cuma mereka (orang lama) sekadar nampak tetapi tak rakam.
"Rezeki saya pula apabila tergerak hati nak rakam apa dilihat pada waktu itu dan mujurlah terkejut saja, tidak sampai demam selepas melihatnya.
"Nak kata percaya (alam ghaib) memang iya kerana dalam al-Quran juga ada disebutkan mengenainya cuma nawaitu (niat) saya nak kerja cari duit jadi enggan terlalu takut memandangkan kita semua makhluk Allah dan berkongsi hidup di dunia ini," katanya.
Ikhmal berharap, perkongsiannya itu diambil daripada sudut positif kerana bukan niatnya untuk menakutkan sesiapa.
"Diharap apa dikongsikan itu tidak mematahkan semangat sesiapa terutama adik-adik yang berminat ceburi bidang ini (keselamatan).
"Anggap saja ia lumrah dan salah satu cabaran dalam tugas kerana lama kelamaan kita akan lali dengannya," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm hantu dlm filem Main Main Hantu ekekekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Knp xtangkap mgganggu ketenteraman awam |
|
|
|
|
|
|
|
kan
bawak pi balai dgn bergari sekali ye
gari kaki jugak spy dia x blh kedek2 terbang
|
|
|
|
|
|
|
|
Hantu Melayu mesti baju puteh, hantu Cina plk baju itam..ikut budaya bangsa. Hantu pun ada bangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba letak mek yah dekat situ pakai kren
Sekali datang bipolar mek yah
Pontianak tu yang lari |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 3-8-2023 07:22 PM
Update: Tuan empunya Tiktok dah private video.
Dari Twitter Tibi 3
|
|
|
|
|
|
|
|
kak ponti mmg wujud.. iollz percaya ni kisah benar.. abang polis ni tak tipu... seramm |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh tengok. Private.
|
|
|
|
|
|
|
|
lenkali spare paku
muleh buat bini |
|
|
|
|
|
|
|
i pernah dgr mengilaiiii nyaring dlm hutan..masa tu i pergi rumah sewa kwn..tmn perumahan..slps sthn tu kwn i pindah lakk perumahan sblh then br i tahu yg tmpt kitorg dgr mengilai tu kubur
dlu kalau ada kenatian blh nampak masa kebumi sbb rumah sewa kwn ti mcm town house 2 tingkat |
|
|
|
|
|
|
|
Awat gambar hantu semua kabur?...
Asal hantu je mesti kabur....
|
|
|
|
|
|
|
|
akusukaq replied at 3-8-2023 09:22 AM
Hantu Melayu mesti baju puteh, hantu Cina plk baju itam..ikut budaya bangsa. Hantu pun ada bangsa
Hantu kokesen, Cina pun ada baju putih. |
|
|
|
|
|
|
|
nape tak datang dekat2
amik video
aku tengok video thai, siap kejau lagi hantu takde kepala |
|
|
|
|
|
|
|
doubleharmonic replied at 3-8-2023 06:21 PM
video ke ni? tak boleh nak tengok pon? this account is private katanyer?
Yup. Tuan punya account dah private video.
Kat Twitter Tibi 3 ada upload
Iols dah update link |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 3-8-2023 06:23 PM
Tak boleh tengok. Private.
Baru jah tuan punya account private video.
Twitter Tibi 3 ada upload. Dah update link kat post |
|
|
|
|
|
|
| |
|