View: 1887|Reply: 6
|
Taktik Terbaharu Scammer- Hantar E-mel Guna Logo PDRM, Konon Ada Tunggakan Saman
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Scammer semakin licik apabila menggunakan taktik menghantar e-mel menggunakan logo rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memperdaya orang ramai kononnya terdapat tunggakan saman.
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) berkata, pihaknya mengesan helah sindiket penipuan itu yang menawarkan kompaun saman sebagai taktik.
Menurutnya, halaman tersebut memaparkan notifikasi bahawa pengguna memiliki saman di bawah kesalahan lalu lintas yang tertunggak dan perlu dijelaskan segera.
Foto Kosmo
“Jika tidak bayar dengan segera, pengguna kononnya akan diambil tindakan undang-undang.
“Pengguna seterusnya diminta membayar sejumlah wang secara dalam talian atau kandungan melalui pautan yang disediakan,” katanya.
Tambahnya, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan taktik dan helah penipuan ini.
“Pihak PDRM menegaskan tiada sebarang transaksi pembayaran melalui emel seperti yang diwar-warkan,” ujarnya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
meawhile mekyah @Bipolajourney2 pulak dapat email dari pdrm pastu kena delete pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Selama ini beratus2 kes skemer, berkali2 dok cite kar media sosial, skemer2 ni mmg tak pernah berjaya ditangkap ke? Nak sgt tgk siapakah gerangannya skemer2 tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
wakakakakaka first time tau dengar pdrm hantar pakai email @Bipolajourney2
ke sendiri yang delete wakakakaka
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn nak teipu la guna otak sikit |
|
|
|
|
|
|
|
BumpIQ replied at 3-8-2023 10:59 PM
wakakakakaka first time tau dengar pdrm hantar pakai email @Bipolajourney2
ke sendiri yang delete ...
Kan. Sudah la tu pdrm pakai gmail lak tu. Mekyah tu ada 4 no telefon. Confirm semua tu sendiri hantar sendiri delete |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk email in english tu wording style scammer nigeria yg konon2 leader dlm buangan nak share duit juta2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|