CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1523|Reply: 0

F1: Hamilton ‘cemburu’ Verstappen terlalu selesa

[Copy link]
Post time 3-8-2023 01:57 PM | Show all posts |Read mode

HAMILTON mengakui jentera yang dibekalkan Mercedes ketika ini tidak mampu menandingi kepantasan Red Bull. - AFP

LONDON – Juara dunia tujuh kali yang juga pelumba utama Mercedes, Lewis Hamilton menyindir seteru utamanya, Max Verstappen bahawa pelumba itu tidak akan begitu selesa andai dirinya mewakili pasukan Red Bull.

Sebagai rekod, Verstappen telah mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri apabila menjuarai lapan perlumbaan Grand Prix (GP) berturut-turut dengan Red Bull mendominasi semua perlumbaan musim ini sementara pelumba kedua, Sergio Perez meraih dua kemenangan.

Menurut Hamilton, apa yang dipamerkan oleh Verstappen boleh dijangka kerana kualiti yang ada pada jentera Red Bull jauh lebih baik daripada yang dimiliki pasukan pesaing termasuk Mercedes.

Kata Hamilton, jika dia berada pada posisi Perez, sudah pasti juara dunia dua kali itu tidak akan ‘senang duduk’ dengan cabaran lebih sengit akan diberikan pada setiap perlumbaan.

“Secara jujur, saya agak cemburu dengan apa yang dimiliki oleh Red Bull kerana saya mahu sepantas mereka pada setiap perlumbaan. Jika saya yang memandu jentera Perez, Verstappen pasti tidak akan selesa dan capai apa yang diraih ketika ini,” katanya.

Sementara itu, penasihat pasukan Red Bull, Helmut Marko turut menyatakan pendapat yang sama kerana percaya Verstappen begitu unggul tanpa menerima cabaran yang sepatutnya sejak musim lalu.

“Jika ditanya mengenai pelumba yang berpotensi untuk cabar Verstappen, sudah pasti saya katakan Fernando Alonso dan Hamilton. Namun, Red Bull terlalu konsisten ketika ini dan bukan mudah untuk pasukan lain mencipta kejutan,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... pen-terlalu-selesa/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.052351 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list